TTA PLUS 2024 Jadual Waktu Perjalanan Cuti Tahun Baru Cina

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuh raya itu bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk

TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota serta mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak

Apabila setiap pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mematuhi jadual perjalanan ini, ia sekali gus dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan daripada bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama

Jadual Waktu Perjalanan Lebuhraya Plus (TTA) Cuti Tahun Baru Cina 2024

TTA juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Plus

Terkini, Menteri Kerja Raya melancarkan MyPLUS-TTA telah melancrkan aplikasi digital PLus Malaysia. Satu ciri baharu turut diperkenalkan iaitu MyPLUS-TTA yang boleh digunakan untuk para pengguna lebuhraya merancang perjalanan semasa musim perayaan. Ciri ini menggunakan data dan analisis yang dikumpulkan oleh PLUS pada musim perayaan lalu dan akan memberikan cadangan waktu perjalanan yang sesuai kepada pengguna lebuhraya sepanjang musim perayaan berlangsung.

Oleh itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi PLUS pada pautan yang dikongsikan di bawah untuk mengikuti cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS pada musim perayaan kali ini.

Berikut adalah lampiran jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari 19 Januari 2023 hingga 22 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh PLUS bersempena dengan cuti musim perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year) bagi tahun 2023 sebagai rujukan.

Penerangan Berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS

  • Orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 9 pagi
  • Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 12 tengah hari hingga 4 petang
  • Pengguna lebuhraya yang ingin pulang ke Kuala Lumpur pula dinasihatkan agar memasuki lebuhraya sebelum jam 9 pagi untuk memastikan aliran trafik secara berperingkat bergerak daripada semua kawasan ke Lembah Klang
  • Dengan mematuhi TTA yang dikeluarkan PLUS, pergerakan trafik di lebuhraya akan menjadi lebih lancar disebabkan oleh pengagihan trafik yang dapat mengelakkan pertembungan trafik di satu-satu lokasi kritikal
  • Analisa yang dilakukan pihak PLUS menunjukkan pengguna yang memulakan perjalanan lebih lewat berbanding yang disarankan oleh TTA bakal mengalami pertambahan tempoh perjalanan antara 30 hingga 80 peratus lebih lambat

Tips Umum Keselamatan Pengguna Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024

  • Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)
  • Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
  • Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan
  • Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
  • Pastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n’ Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
  • Pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya
  • Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis atau pihak yang terbabit
  • Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
  • Pakai tali keledar
  • Patuhi had laju yang ditetapkan
  • Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda
  • Pandu dengan berhemah pada setiap masa

Maklumat Lanjut Penggunaan Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024

Selain itu, PLUS akan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan di lebuhraya buat sementara waktu selain menyediakan kren dan trak tunda di kawasan yang strategik sepanjang lebuhraya

Pihak PLUS juga berusaha menjaga keselamatan para pengguna terutama pada waktu puncak dengan mempertingkat kolaborasi dengan pihak berkuasa (Polis DiRaja Malaysia, pasukan bomba dan penyelamat, ambulans, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan RELA) selain menambahkan jumlah kakitangan PLUS untuk bersiap siaga menghulurkan bantuan kecemasan sepanjang musim perayaan tersebut

Tandas awam dan tangki air bergerak juga akan disediakan dalam jumlah yang lebih banyak di lokasi-lokasi di lebuhraya di samping menyediakan 70 kiosk tambah nilai layan diri (mesin SSK) untuk menampung bilangan trafik yang meningkat

Aplikasi Plus

Pengguna lebuhraya PLUS dapat memperoleh maklumat trafik terkini di lebuhraya melalui aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store:-

Google Play Store Android

Apple App Store iOS

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan maklumat trafik terkini, sila rujuk kepada butiran yang dikongsikan di bawah:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.