Template myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Kerajaan Malaysia komited untuk mempunyai pentadbiran dan pengurusan yang efisien serta telus bagi melaksanakan tanggunggjawab, mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. Sebuah agensi kerajaan telah diwujudkan khusus untuk mentransformasi dan menambah baik mutu perkhidmatan awam iaitu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Menyahut seruan itu MAMPU terus menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk meningkatkan prestasi kerja perkhidmatan awam. Terkini pada bulan Julai 2018, MAMPU telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bagi menggantikan PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

Inisiatif ini dijalankan selaras dengan perubahan semasa merangkumi era teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan juga Revolusi Perindustrian Ke-empat. Pendekatan baharu ini juga bertujuan membantu pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara lebih komprehensif dan teratur khususnya dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur dan proses kerja di peringkat jabatan mahupun individu

myPortfolio akan digunakan sebagai dokumen rujukan rasmi yang menjelaskan secara teliti maklumat mengenai pewujudan jawatan, proses melaksanakan kerja serta panduan menjalankan tugas bagi setiap jawatan yang ada dalam organisasi tersebut. Menurut MAMPU ianya boleh digunakan sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam

Contoh Dan Panduan Penyediaan Template myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Semua kakitangan perkhidmatan awam diwajibkan untuk mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Justeru itu setiap guru di sekolah juga tidak terkecuali untuk mengikuti pekeliling ini. Menyedari tugas hakiki guru untuk mengajar merupakan satu tugas yang berat, MYsumber akan berkongsi templat myPortfolio bagi guru semua jawatan seperti di bawah

myPORTFOLIO : Panduan Kerja Sektor Awam

Untuk rujukan dan pemahaman semua penjawat awam, berikut disediakan pekeliling yang telah dikeluarkan:

Melalui Portal MAMPU juga ada disediakan templat myPortfolio bagi kemudahan penjawat awam seperti berikut:

Kriteria-Kriteria myPORTFOLIO

  1. myPortfolio ialah dokumen rujukan bagi peringkat jawatan serta jabatan
  2. Setiap jawatan termasuk jawatan yang belum diisi dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio
  3. myPortfolio adalah berasaskan bidang tugas serta tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mempunyai maklumat, panduan serta rujukan untuk mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan

Pembaharuan myPORTFOLIO

MyPortfolio telah memperkenalkan satu elemen baharu dengan memansuhkan tiga komponen serta menambah baik tujuh aspek di dalam Fail Meja

10 komponen baharu myPortfolio merangkumi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas yang diberikan di organisasi tersebut

Komponen myPortfolio tersebut adalah seperti infografik yang disediakan MAMPU seperti di bawah

Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Sila klik pada pautan bagi jawatan guru yang disandang mengikut sekolah rendah atau sekolah menengah seperti yang disediakan di pautan di bawah dan edit mengikut maklumat jawatan atau tugas masing-masing

Sekolah Rendah

JawatanPautan
Guru Besar Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Petang Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Kaunseling Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Media Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Kanan Mata Pelajaran Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Data dan Maklumat Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Sukan Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Akademik Biasa Kandungan  Kulit myPortfolio

Sila Klik pada butang Download (penjuru kanan) bagi membuat perubahan  (EDIT) fail yang ingin digunakan

Sekolah Menengah

JawatanPautan
Pengetua Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Petang Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Kaunseling Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Media Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Kanan Mata Pelajaran Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Data dan Maklumat Kandungan  Kulit myPortfolio
Guru Sukan Kandungan Kulit myPortfolio
Guru Akedemik Biasa Kandungan Kulit myPortfolio

Sila Klik pada butang Download (penjuru kanan) bagi membuat perubahan  (EDIT) fail yang ingin digunakan

Anggota Kakitangan Perkhidmatan

myPortfolio PT (PO) N19 myPortfolio PO N11
myPortfolio PT (KEW) W19 myPortfolio Pemandu H11

Proses Dan Carta Aliran 

Pengurusan Data Pengurusan Panitia
Pengurusan Strategik Pengurusan Pencerapan Guru
Pengurusan Kewangan Sekolah Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Aduan Pengurusan Pusat Sumber
Pengurusan Infrastruktur dan Persekitaran Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
Pengurusan Program Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Jaringan dan Hubugan Luar Pengurusan Bantuan Murid
Pengurusan Aset Pengurusan Aspek Kesihatan Murid
Pengurusan Perolehan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks
Pengurusan Perhubungan Pelanggan Perkhidmatan Sumber Luar
Pengurusan Mesyuarat Pengurusan Pendaftaran Murid
Pengurusan Latihan Personel Pengurusan Pertukaran Murid
Pengurusan Prestasi  Pengurusan Lawatan Murid
Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Unit Beruniform Kelab Sukan
Pengurusan Penyediaan Jadual Waktu Induk, Persendirian dan Gantian

Sila Klik pada butang Download (penjuru kanan) bagi membuat perubahan  (EDIT) fail yang ingin digunakan

PENAFIAN: Segala pautan dan fail templat yang dikongsikan di atas adalah hak pemilik asal sendiri. Kredit diberikan kepada sumber-sumber asal dan laman sesawang yang berkenaan

 

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi