Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan solat tarawih adalah sinonim pada bulan ini
Selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan
Namun pada tahun 2020 pastinya berbeza susulan kita masih berada dalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 menyebabkan solat secara berjemaah di surau/ masjid dilarang buat sementara waktu
Sama-samalah kita menghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini bersama-sama keluarga dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam Lailatul Qadar seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”
Dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara mengerjakan solat Tarawih dan selepas itu solat Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita
Cara Solat Sunat Tarawih (8 & 20 Rakaat)
Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. Ianya juga merupakan Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Allah SWT
Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara duduk
Hukum Solat Tarawih
Hukum mengerjakan/ melaksanakan solat terawih adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah
Solat Tarawih sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Walaupun begitu solat bersendirian di rumah juga adalah dibolehkan dan yang paling afdhal melakukannya secara berjemaah
Waktu Solat Tarawih
Ditunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat
Bilangan Rakaat
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja
Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat
Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu
Solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan empat rakaat dengan 4 rakaat dengan 2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus
Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Sendirian
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini lillahi ta’aalaa
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah ta’ala
Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Berjemaah
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا/مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini Imaman/Makmuman lillahi ta’aalaa
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai Imam/Makmum kerana Allah ta’ala
Tatacara Menunaikan Solat Sunat Tarawih
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Membaca doa iftitah
- Membaca surah Al-Fatihah
- Membaca surah lazim atau surah pilihan (rujuk di bawah)
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Membaca surah Al-Fatihah
- Membaca surah lazim atau surah pilihan (rujuk di bawah)
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
- Duduk Tahiyyat Akhir
- Memberi salam
Nota: Rukun Solat Tarawih adalah sama dengan rukun solat yang lain juga
Bacaan Surah
Selepas bacaan surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat Solat Tarawih, dibaca surah-surah tertentu:
Bermula malam 1 hingga 15 Ramadhan
a) Pada setiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah Al-Takathur hingga surah Al-Masad seperti susunan berikut:
1. Surah Al-Takathur
2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Humazah
4. Surah Al-Fil
5. Surah Quraisy
6. Surah Al-Ma’un
7. Surah Al-Kauthar
8. Surah Al-Kafirun
9. Surah An-Nasr
10. Surah Al-Masad
b) Pada setiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas
Bermula malam 16 hingga Akhir Ramadhan
a) Pada setiap rakaat yang pertama dibaca surah Al-Qadr (malam ke-16 dan seterusnya)
b) Pada setiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 ramadhan iaitu bermula dari surah Al-Takathur hingga surah Al-Masad
Solat Witir
Setelah selesai melakukan Solat Tarawih, ianya pula diikuti dengan Solat Witir sebanyak tiga rakaat. Seperti Solat Tarawih, Solat Witir juga boleh dilakukan secara berjemaah ataupun sendirian
Solat Witir boleh dilakukan dengan kaedah 3 rakaat dengan 2 salam iaitu solat pertama sebanyak 2 rakaat dan solat kedua sebanyak 1 rakaat
Lafaz Niat Solat Witir Dua Rakaat
اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’aalaa
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah ta’ala
Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat
اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى
Ushalli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’aalaa
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah ta’ala
Tatacara Menunaikan Solat Sunat Witir
Rakaat Pertama
1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
2. Membaca doa iftitah
3. Membaca surah Al-Fatihah
4. Membaca surah Al-A’la
5. Rukuk dan Iktidal
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Al-Kafirun
4. Rukuk dan Iktidal
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
6. Duduk Tahiyyat Akhir
7. Memberi salam
Nota: Rukun Solat Tarawih adalah sama dengan rukun solat yang lain juga
Rakaat Terakhir
1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
4. Rukuk dan Iktidal
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
6. Duduk Tahiyyat Akhir
7. Memberi salam
Nota: Rukun Solat Witir adalah sama dengan rukun solat yang lain juga
Baca Juga: Panduan Baca Surah Pendek Tarawih Dalam Rumi
Video Penjelasan Solat Tarawih
Video Penjelasan Solat Witir
Hukum Solat Tarawih Secara Bersendirian
Kedudukan Makmum Solat Tarawih
Buku PDF Panduan Dan Cara Sembahyang Sunat Terawih Terkini
Berikut adalah buku online Panduan Sembahyang (Solat) Sunat Tarawih keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh dimuat turun (download), klik pada judul pautan yang disertakan
Related : solat sunat terawih, menunaikan solat tarawih, cara untuk, baca bilal, baca niat, imam al, dua rakaat satu salam, kerana solat, bilangan rakaat solat sunat, mengerjakan solat sunat,