Lafaz Takbir Raya Lengkap Beserta Maksud

Umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri atau dikenali sebagai hari raya puasa pada 1 Syawal serta Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban pada 10 Zulhijjah. Hari Raya Aidilfitri disambut sempena meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan manakala Hari Raya Aidiladha disambut sempena peristiwa Haji dan Ibadah korban yang dijalankan

Terdapat pelbagai amalan yang digalakkkan untuk dilaksanakan sebagai bukti tanda kesyukuran kita  kepada ilahi sepanjang perayaan tersebut. Antara amalan yang dikhususkan pada hari-hari berikut adalah Takbir Raya. Takbir itu sendiri bermaksud mengagungkan dan membesarkan Allah dengan lafaz zikir tertentu.

Amalan bertakbir ini dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran terhadap keizinan Allah memberi peluang kepada kita untuk beribadah sepanjang bulan-bulan mulia tersebut. Ianya antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya yang kaifiatnya diperoleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwariskan pada generasi ulama berikutnya

Selain itu antara kepentingan bertakbir juga adalah sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadhan, lambang penyatuan ummah kerana umat Islam membesarkan dan melaungkan takbir yang sama di seantero dunia, boleh menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan, serta penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan umat Islam

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha Dalam Rumi Beserta Maksud

Berikut disediakan lafaz takbir hari raya yang lengkap beserta terjemahan dan juga teks rumi bagi memudahkan semua untuk menjadi rujukan dan panduan. MYsumber turut berkongsi jenis takbir dan juga waktu bagi membacanya untuk kemudahan orang ramai

Lafaz Takbir Raya Lengkap Beserta Terjemahan dan Teks Rumi

*اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ 

Ulang * 3 kali 

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Teks Rumi

*Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar

Laa ilaaha illallahu wallahu akbar

Allaahu akbar walillaahil hamd’

Ulang *3 kali

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar

Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa

Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun

Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah

Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar

Allaahu akbar walillaahil hamd’

Terjemahan

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang menolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Jenis Takbir Hari Raya

Para ulama’ telah mengklasifikasikan jenis takbir kepada dua jenis iaitu:

Takbir MursalTakbir Muqayyad
Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidiladhaTakbir Hari Raya Aidiladha
Juga digelar Takbir Mutlak kerana boleh dilaksanakan tanpa terikat pada waktu solatTakbir ini terikat kepada pelaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu)
Dilafazkan apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya (disunatkan bertakbir sepanjang masa)Takbir Muqayyad ini disunatkan untuk dilafazkan selepas setiap kali solat fardhu apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha. Ianya hendaklah dilakukan secara jahar (bacaan nyaring)
Ulama menyatakan bahawa Takbir Mursal lebih ditekankan perlaksanaannya pada Hari Raya Aidilfitri berbanding Hari Raya AidiladhaTakbir ini hanya dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha serta tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilfitri (kecuali Takbir Mursal)

Waktu Bertakbir Raya

Terdapat perbezaan waktu bertakbir untuk kedua-dua jenis takbir iaitu seperti berikut:

1. Hari Raya Aidilfitri

  • Selepas terbenam matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri pada keesokan paginya

2. Hari Raya Aidiladha

  • Mulai waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga
  • Disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan Haji, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah. (menjadikan waktu bertakbir tersebut 5 hari 4 malam)
  • Bagi yang menunaikan Haji, disunatkan bertakbir mulai gelincir matahari, iaitu masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh 13 Zulhijjah). Tetapi jika mereka telah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain

Video Lengkap Takbir Raya

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi