Cara Solat Taubat Beserta Doa Taubat Dan Kelebihan

Cara Solat Sunat Taubat. Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan walaupun sekali. Selagi mana nyawa dikandung badan, setiap insan pasti tidak lari daripada berbuat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak. Tidak kira dosa kecil mahupun dosa besar, sebagai manusia yang lemah, kita hendaklah sentiasa beristiqamah dalam memohon keampunan daripada Allah dan bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukan

Taubat boleh didefinisikan sebagai rasa bersalah dan menyesal terhadap segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Manakala taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benarnya diiringi janji untuk tidak mengulangi sesuatu perbuatan itu lagi. Dosa kecil dapat diampuni dengan melaksanakan amal ibadah atau kebaikan, tetapi dosa besar hanya akan diampuni dengan taubat nasuha

Terdapat tiga syarat-syarat untuk melakukan taubat nasuha. Pertama, seseorang itu hendaklah menyesal dengan sepenuh hati terhadap dosa yang telah dilakukan. Syarat taubat kedua, beliau hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh taubat dari lubuk hati disertakan ucapan istighfar. Akhir sekali, individu tersebut hendaklah berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi, maka insyaaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT

Dan jika perbuatan dosa-dosa yang dilakukan melibatkan orang lain seperti mencuri, mengumpat, mencederakan dan sebagainya, maka pesalah perlu memohon maaf serta memulangkan barangan yang dicuri kepada pemilik asalnya. Sebagai umat Islam yang masih diberi kesempatan, hendaklah kita menggunakan peluang ini untuk menginsafi kesalahan diri dan memohon keampunan daripada Allah.

Siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang? Antara cara bertaubat adalah dengan menunaikan solat sunat taubat serta bacaan doanya untuk mendapat keredhaan Allah yang Maha Esa dan membuka pintu taubat

Panduan Lengkap Cara Solat Sunat Taubat Ringkas Serta Bacaan Doa Taubat

Buat yang berhasrat untuk mendirikan solat taubat untuk memohon keampunan daripada Allah SWT, berikut dikongsikan cara solat sunat taubat yang mudah serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan semua

Waktu Solat Taubat

Boleh dilakukan pada bila-bila masa selain daripada waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat. Namun begitu, solat sunat taubat lebih afdhal didirikan pada 2/3 malam dan yang terbaik adalah sejurus selepas tersedar daripada melakukan dosa serta rasa bersalah dan ingin memohon keampunan daripada Allah SWT

Bilangan Rakaat Solat Taubat

Bilangan rakaat boleh dilakukan menurut pandangan ulama’ adalah sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat

Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Taubat

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

2. Membaca doa iftitah

3. Membaca surah Al-Fatihah

4. Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun

5. Rukuk dan Iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Membaca surah Al-Fatihah

3. Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas. berikut adalah bacaan surah Al-Ikhlas

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Nota: Bacaan dalam sujud terakhir adalah seperti berikut:

Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang yang zalim

6. Duduk Tahiyyat Akhir

7. Memberi salam

8. Seusai memberi salam, lafazkan istighfar berulang kali dengan rasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan terimalah taubatku:

9. Juga boleh diikuti dengan bacaan penghulu istighfar:

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

10. Amalan ini sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 135. Teruskan dengan sambung baca zikir dan doa taubat seperti berikut:

Video Doa Taubat

Video Zikir Taubat

Video Tatacara Solat Taubat

Kelebihan Solat Taubat

Antara kelebihan menunaikan solat sunat taubat adalah seperti berikut:\

1. Dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT

2. Allah akan mempermudahkan urusan harian

3. Hidup akan menjadi lebih tenang

4. Mengelakkan daripada perlakuan dosa

Dalil Solat Sunat Taubat

Berdasarkan sebuah hadis berkaitan memohon ampun kepada Allah yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.A beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

ما مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّه ‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]” [Riwayat Abu Dawud (1521)]

Soalan Popular

1. Setelah bertaubat daripada maksiat kemudian kembali melakukannya lagi, adakah taubat diterima?

Taubat yang dilakukan berulang-ulang beserta istighfar yang dilakukan dengan berulang-ulang adalah diterima Allah SWT selagi mana tidak terdapat pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan. Maka teruskan bertaubat dan memohon keampunan Allah selagi nyawa masih ada.

2. Adakah wajib melakukan Solat Taubat Jika Ingin Bertaubat?

Adalah disunatkan mengerjakan Solat Taubat sekurang-kurangnya 2 rakaat kerana mengikut Rasulullah SAW. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Bakar R.A. katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tiada dari seorang lelaki yang melakukan suatu dosa kemudian dia bersuci lalu sembahyang ia kemudian beristighfar memohon ampun akan Allah melainkan Allah akan mengampunkan baginya (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)

Daripada hadis berkenaan, dapat dilihat bahawa yang afdhal dilakukan selesai dari sembahyang sunat taubat itu adalah memperbanyakkan Istighfar

3. Bolehkah Melakukan Solat Taubat Setiap Malam?

Solat Taubat adalah solat sunat yang disyariatkan dalam Islam dan termasuk dalam solat sunat bersebab. Ianya boleh ditunaikan pada bila-bila masa apabila melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Justeru ianya tidaklah disyariatkan untuk dilakukan sentiasa tanpa didahului sebabnya iaitu melakukan dosa. Sekiranya melakukan dosa, wajib segera bertaubat dan disunatkan Solat Taubat dan memperbanyakkan bacaan istighfar.

Related : menerima taubat, mengulang kembali

Related : bacaan istighfar, membaca tasbih, solat taubat nasuha, al quran, bertaubat kepada Allah swt, rahmat Allah,

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi