Contoh Soalan MUET Speaking Reading Listening & Writing

Umum mengetahui bahawa peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) di bawah kelolaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan sejenis peperiksaan yang diduduki oleh para pelajar di mana ianya merupakan prasyarat kepada pelajar yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan bagi mengikuti pengajian ijazah pertama. Menerusi peperiksaan ini, taraf penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris diuji sebelum mereka menyambung pengajian ke IPTA yang diingini

Peperiksaan MUET berlangsung sebanyak tiga kali (3 sesi) dalam setahun. Sesi peperiksaan yang dapat diduduki oleh para pelajar adalah pada bulan Mac (sesi 1), Julai (sesi 2) dan November (sesi 3). Namun begitu, calon boleh mengambil peperiksaan MUET pada waktu selain daripada ketiga-tiga sesi yang dimyatakan melalui sistem peperiksaan baru iaitu MUET on Demand (MoD)

Terdapat empat jenis ujian yang perlu dilalui oleh calon-calon peperiksaan MUET iaitu Listening Test (Ujian Pendengaran), Speaking Test (Ujian Lisan), Reading Test (Ujian Pemahaman/soalan objektif) dan juga Writing Test (Ujian Penulisan)

Keempat-empat ujian ini memberi jumlah keseluruhan sebanyak 300 markah dengan Reading test menyumbang markah tertinggi iaitu sebanyak 120 markah, diikuti Writing Test yang berjumlah 90 markah kemudian Listening dan Speaking Test dengan markah terendah iaitu masing-masing menyumbang sebanyak 45 markah sahaja

Selain menelaah buku panduan atau rujukan, calon-calon juga boleh mendapatkan contoh soalan MUET Speaking, Reading dan Writing tahun-tahun sebelum ini untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dengan lebih efisyen

Cara ini dapat membantu pelajar agar lebih fokus terhadap topik-topik penting dan secara tidak langsung memberikan lebih masa untuk mereka mengulangkaji pelajaran

Tips Contoh Soalan Peperiksaan MUET Speaking Listening Reading & Writing

Berikut dikongsikan contoh soalan-soalan MUET yang merangkumi soalan Speaking, Reading, Listening dan Writing tahun-tahun lepas buat rujukan calon peperiksaan

Contoh Soalan MUET

Contoh soalan MUET mengikut jenis ujian iaitu Speaking, Reading dan Writing adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap kertas untuk melihat soalan dan skema jawapan (jika ada)

SPEAKINGREADINGWRITINGLISTENING
Speaking Theme – Crime
MUET 2018 Sesi 3MUET 2018 Sesi 3   MUET Exam Practice Part 1 , Audio Part 1
Speaking Theme – National Service
Writing – Past Year Compilation
MUET Exam Practice Part 2 , Audio Part 2
Speaking – Past Year Compilation
MUET 2011 Sesi 1  MUET Exam Practice Part 3 , Audio Part 3
MUET 2011 Sesi 2 –
MUET 2012 Sesi 1 –

Tips Menghadapi Peperiksaan MUET

Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, berikut dikongsikan beberapa tips yang dapat digunakan untuk menghadapi Listening, Speaking, Reading dan juga Writing Test:

Reading Test

Sudah tentu untuk menjawab Reading Test iaitu ujian membaca dengan mudah, calon harus banyak membaca. Perbanyakkan sumber bahan bacaan tidak kira pengetahuan am atau fakta, novel atau suratkhabar, malah apa-apa jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris pun dapat membantu calon ketika ujian. Hal ini kerana semakin banyak membaca, semakin banyak kosa kata yang dapat dikuasai sekaligus membolehkan seseorang itu untuk membina struktur ayat yang baik tanpa kesilapan tatabahasa

Listening Test

Selalunya ketika bakal menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu fokus mengulangkaji dan mengurangkan tontonan televisyen. Namun begitu, untuk menduduki Listening Test (ujian mendengar) MUET, mengulangkaji pelajaran sambil menonton televisyen atau mendengar radio adalah digalakkan. Cara ini dapat membantu calon melatih kemahiran pendengaran mereka sambil membuat kesimpulan daripada apa yang mereka dengar atau tonton

Speaking Test

Menduduki Speaking Test adalah mencabar bagi para pelajar Malaysia. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini calon boleh perbanyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain walaupun menggunakan perkataan yang mudah, asalkan poin atau mesej yang ingin disampaikan itu difahami dengan jelas. Jadikan pertuturan dalam Bahasa Inggeris sebagai budaya supaya tidak kekok semasa ujian lisan nanti

Writing Test

Antara persediaan terbaik yang dapat dilakukan oleh calon untuk menduduki Writing Test adalah dengan menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan MUET yang lalu. Pelajar boleh melatih diri menulis jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membiasakan diri dengan format dan corak soalan. Latihan yang berterusan dapat membantu calon mencurahkan idea, pandangan, serta komen dengan lebih bernas dalam tempoh masa yang terhad

Related : ujian muet meliputi empat kertas, calon yang akan menduduki ujian muet, memberi jumlah markah keseluruhan, listening reading writing speaking, ujian muet diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris calon institusi pengajian tinggi, malaysian examinations council atau majlis, bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi,

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi