Individu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun adalah berkelayakan untuk apply sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang diadakan di Malaysia. Bermula 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah secara automatik.
Di sini bermulanya peranan serta hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan kerajaan. Orang ramai perlu mendaftar untuk mengundi semasa pilihan raya dijalankan dan membuat pertukaran alamat untuk kemaskini serta memohon Borang 1A untuk mengundi pos
Sebagai makluman, semakan daftar pemilih (pengundi) dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Jadi untuk rakyat malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi bolehlah membuat demikian.
Kepada mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih melalui saluran yang sah boleh membuat semakan secara dalam talian (online) atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi MySPR Semak dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan
Cara Semakan Nama Daftar Pemilih (Pengundi) SPR Secara Online Dan SMS Mengundi PRU PRK
Berikut adalah maklumat dan butiran berkaitan yang diperlukan
Mekanisme Semakan Nama Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU PRK
1. Semakan Online SPR
Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan PRU 15 yang diwartakan pada 15 September 2022.
- Sistem Aplikasi SPR | (Isi Rumah)
2. Semakan SMS
Taipkan: SPR (jarak) No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888
Taipkan: SPR (jarak) SEMAK (jarak) No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888
3. Aplikasi MySPR Semak
Aplikasi MySPR Semak boleh dimuat turun di Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma
Pengguna juga boleh menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan keputusan pilihan raya yang dipertandingkan sepanjang tempoh pameran. Untuk pusat pengundian, ianya dibuka untuk semakan sebaik sahaja diumumkan oleh pihak SPRM.
*Semakan maklumat pusat mengundi (lokasi mengundi) bagi PRU15 boleh dibuat bermula hari yang akan dikemaskini untuk pemilih berdaftar mengetahui tempat mengundi untuk Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didaftarkan berdasarkan kepada kajian semula persempadanan
Bilangan kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah 222 kerusi dan kerusi DUN sebanyak 505 kerusi di mana Sarawak adalah terkecuali daripada mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) kerana ianya baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017. Negeri Sabah juga telah mengadakan PRN pada 26 September 2020. Bagi (PRU15) akan dikemaskini setelah diumumkan.
Maklumat Dan Cara Membuat Pendaftaran Pemilih
Di Malaysia, syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah seorang warganegara Malaysia, telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas, bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa
Mereka yang berkelayakan mengundi boleh membuat pendaftaran (mendaftar) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terkini, pendaftaran adalah secara automatik bagi mereka yang layak. Untuk mereka yang ingin membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya negeri di pautan berikut:
- Maklumat Rasmi Dan Lengkap Cara Buat Pendaftaran Pemilih Pilihan Raya SPR
- Maklumat Senarai Nama Baru DUN dan Parlimen
- Cara memohon pertukaran bahagian pilihan raya (Tukar Alamat)
Maklumat Dan Pertanyaan
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian (call center)
- No. Telefon: 03-8892 7000 atau 03-88927018
Related : borang d, pilihan raya yang membuat, negeri di pautan http, myspr daftar hadir ke pejabat pilihan pautan http ppn.spr.gov.my tuntutan dengan mengisi borang atas kemasukan nama pemilih membuat bantahan ke atas raya atau pertukaran status talian di pautan https pertukaran bahagian pilihan raya daftar pemilih tambahan, pemilih spr, talian 03-8892 7018, hotline spr di talian, undi pos, pejabat pilihan raya negeri, pilihanraya umum, secara atas talian, dewan rakyat, perdana menteri, kawasan pendaftaran, https www.spr.gov.my,