Permohonan kemasukan SBP 2025 tingkatan 1 dan 4

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi pelajar yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) memperlawa calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 SBP bagi tahun 2025

Permohonan SBP Form 1/ 4 (Tingkatan 1/ 4) Sekolah Berasrama Penuh KPM Tahun 2025 Secara Online

Berikut MYsumber sediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan umum bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2025.

Permohonan terbuka kepada :-

  1. Murid Tahun Enam 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  2. Pelajar Tingkatan Tiga 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  3. SBP hanya menawarkan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja

Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 1

  • Permohonan Dibuka : 1 Ogos 2024
  • Permohonan Ditutup : 8 September 2024

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2025 

Berdasarkan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 10 Oktober 2021, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Satu sistem telah dibangunkan KPM bagi application secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan permohonan secara berpusat serta kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Untuk membuat permohonan rujuk panduan berikut:

Cara Dan Panduan AM Membuat Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2025

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi spskt1 KPM yang dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas

Panduan terperinci permohonan akan dikemaskini setelah pautan atas diaktifkan pada tarikh permohonan

Maklumat seperti syarat umum dan tarikh penting permohonan SBP tingkatan 1 berikut adalah bagi pengambilan tahun 2025 sebagai rujukan.

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 1 SBP Tahun 2025

  • a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  • b. Pelajar mestilah murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2024
  • c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • d. Pelajar yang sihat tubuh badan
  • e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum

Maklumat Berkaitan

Tarikh-Tarikh Dan Perkara Penting Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun 2025

BilPerkaraTarikhTindakan / Nota
1Sistem permohonan online SBP Tingkatan 1 dibuka dan ditutup 1 Ogos 2024 –
8 September 2024
Pemohon

Murid-murid tahun 6 yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

2Check Pusat PKSK13 September 2024 – 17 Oktober 2024Pemohon

Semua pemohon perlu menyemak result kelayakan melalui laman aplikasi permohonan yang sama bermula pada tarikh yang ditetapkan

PKSK adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP

3Pelaksanaan PKSK7 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024Pemohon yang layak

PKSK akan dijalankan secara serentak di 555  pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara

4Check pemohonan dan penempatan ke SBP Tingkatan 131 Jan 2025Pemohon

i. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
ii. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
iii. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.

5Permohonan rayuan dibukaAkan dikemaskiniPemohon yang tidak berjaya
6Check rayuanPemohon rayuan
7Pendaftaran ke SBP18 Feb 2025Pemohon yang berjaya

Tarikh pendaftaran seperti dinyatakan dalam surat tawaran

*Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2025 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang maklumat lanjut, Ibubapa / Penjaga / Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan, https://www.moe.gov.my


Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 4

  • Permohonan Dibuka : 1 Ogos 2024
  • Permohonan Ditutup : 9 September 2024

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2025

Seperti dimaklumkan di atas, kenyataan media oleh KPM pada 10 Oktober 2021 menyatakan kaedah pentaksiran baharu diperkenalkan untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

KPM juga telah membangunkan sebuah sistem untuk permohonan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus iaitu secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan kaedah pentaksiran standard secara berpusat serta permohonan secara berpusat

Cara Dan Panduan AM Membuat Permohonan Online Tingkatan 4 SBP 2025

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi spskt KPM yang dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan

Panduan terperinci permohonan akan dikemaskini setelah pautan atas diaktifkan pada tarikh permohonan

Info lanjut termasuklah syarat umum dan tarikh penting permohonan SBP tingkatan 4 yang berikut adalah bagi pengambilan tahun 2025 sebagai rujukan.

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 4 SBP

  • a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  • b. Pelajar adalah murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2024
  • c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • d. Pelajar yang sihat tubuh badan
  • e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum

Maklumat Berkaitan

Tarikh-Tarikh Dan Perkara Penting Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 Tahun 2025

BilPerkaraTarikhTindakan / Nota
1Sistem permohonan online SBP Tingkatan 4 dibuka dan ditutup 1 Ogos 2024 – 9 September 2024Pemohon
2Check Pusat PKSK13 September 2024 – 3 Oktober 2024Pemohon

Semua pemohon perlu menyemak kelayakan melalui laman aplikasi permohonan yang sama bermula pada tarikh yang ditetapkan

PKSK adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP

3Pelaksanaan PKSK23 Oktober 2024 – 3 Oktober 2024Pemohon yang layak

PKSK akan dijalankan secara serentak di 555  pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara

4Check pemohonan dan penempatan ke SBP Tingkatan 431 Januari 2025Pemohon

i. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
ii. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
iii. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.

5Permohonan rayuan dibukaAkan DikemaskiniPemohon yang tidak berjaya
6Check rayuanPemohon e-rayuan
7Pendaftaran ke SBP18 Februari 2025Pemohon yang berjaya

Tarikh pendaftaran akan dinyatakan dalam surat tawaran

Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke SBP Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2025 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan, https://www.moe.gov.my

Related : tarikh penting permohonan sbp tingkatan 4 2024, tarikh buka, ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh sbp tahun 2024, online sekolah berasrama penuh sbp tahun 2024, menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki tingkatan 1 atau tingkatan 4, melayari laman web kpm di portal rasmi kpm, berdaftar dalam aplikasi pangkalan data murid apdm kpm pada tahun 2024, diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke sbp, berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan tingkatan 4, tarikh penting permohonan sbp tingkatan 4 2025 online,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.