Permohonan Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor YSI

Rakyat di negeri Johor (Bangsa Johor) boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing-masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pengumuman berkenaan projek Rumah Impian untuk bangsa Johor (RIBJ) itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59

Projek rumah impian mampu milik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil

Pada 1 Disember 2019, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah mengumumkan tawaran dibuka semula bagi Rumah Impian Bangsa Johor Bandar Baru Majidee. Permohonan terbuka kepada rakyat Johor berpendapatan bawah RM 8,000 yang masih bujang dan yang telah berkahwin serta belum memiliki rumah.

Permohonan Pendaftaran Rumah Impian Mampu Milik Bangsa Johor YSI

Dalam ruangan berikutnya, MYsumber sertakan maklumat berkaitan serta kriteria dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Objektif utama pelaksanaan projek perumahan mampu milik ini adalah bertujuan agar bangsa Johor yang kurang berkemampuan menjadi sebuah komuniti yang berjaya memiliki kediaman sendiri

Sebagai makluman, tawaran rumah impian mampu milik ini hanya terbuka kepada Bangsa Johor, dan proses pemilihan akan disaring dengan ketat serta teliti bagi memastikan rakyat Johor yang benar-benar layak / memerlukan sahaja dapat memiliki rumah tersebut

Pemohon yang berjaya dalam permohonan hanya perlu membayar deposit (wang pendahuluan) sebanyak RM1 bagi mendapatkan pinjaman penuh atau pembiayaan pinjaman sehingga 100% manakala skim pembayaran balik adalah mudah

Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Bandar Dato Onn

  • Dibuka : 22 Julai 2020
  • Ditutup : 31 Ogos 2020

Rakyat negeri Johor yang berminat perlu membuat permohonan pendaftaran secara atas talian bagi yang belum pernah memohon dan bagi yang pernah memohon hendaklah mengemaskini maklumat permohonan secara online juga menerusi pautan di bawah

Dimaklumkan bahawa Semakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor – Bandar Dato Onn boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini

Kriteria Am Permohonan RIBJ

Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Bangsa Johor  Bandar Baru Majidee adalah seperti berikut:

  1. Berkewarganegaraan Malaysia dan berusia 25 tahun ke atas
  2. Dibernarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwin
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah

Harga Rumah Dan Pendapatan Yang layak

  • RM85,000 – RM100,000 : Tidak lebih RM5,000 sebulan

Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor 2019

Berikut adalah Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim bagi tahun 2019

Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Bandar Baru Majidee

  • Dibuka : 1 Disember 2019
  • Ditutup : –

Rakyat negeri Johor yang berminat perlu membuat permohonan pendaftaran secara atas talian bagi yang belum pernah memohon dan bagi yang pernah memohon hendaklah mengemaskini maklumat permohonan secara online juga menerusi pautan di bawah


Semakan Permohonan RIBJ Bandar Baru Majidee

Dimaklumkan bahawa Semakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor – Bandar Baru Majidee boleh dibuat seperti makluman berikut :-

Kriteria Am Permohonan RIBJ Bandar Baru Majidee

Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Bangsa Johor  Bandar Baru Majidee adalah seperti berikut :

  1. Berkewarganegaraan Malaysia dan berusia 25 tahun ke atas
  2. Dibernarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwin
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah

Harga Rumah Dan Pendapatan Layak

  • Bandar Baru Majidee, RM150,000 : Tidak lebih RM8,000 sebulan

Pengemaskinian Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor 2018 (RIBJ)

Pengemaskinian maklumat pendaftaran RIBJ bagi projek di Johor Bahru hanya terbuka kepada pemohon yang telah membuat pra-pendaftaran pada 22 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018 di Sistem E-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor

Pemohon perlu mengemaskini maklumat terkini dalam tempoh yang ditetapkan sahaja oleh YSIJ seperti di bawah untuk mengelakkan kegagalan permohonan

  • Dibuka : 31 Oktober 2018
  • Ditutup : 7 November 2018

Pengemaskinian maklumat pendaftaran boleh dilakukan di Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor seperti di pautan yang disediakan di bawah

Peringkat Saringan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 

Seperti dimaklumkan, permohonan Rumah Impian Bangsa Johor akan melalui tiga peringkat saringan seperti berikut untuk layak menerima tawaran:

1. Tapisan Pertama Tapisan oleh Sistem Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ
2. Tapisan Kedua Tapisan oleh Lembaga Pemilih Yayasan Sultan Ibrahim Johor
3. Tapisan Ketiga Tapisan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor

Apabila mengemaskini maklumat pendaftaran, pemohon perlu memilih kategori rumah yang ingin dimiliki. Berikut MYsumber kongsikan di bawah kategori rumah berserta butiran lain untuk kemudahan pemohon

Kategori Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru)

a. Bandar Dato’ Onn

JenisJumlah UnitSaiz Keluasan Binaan
Rumah Teres (2 Tingkat)20319′ x 57′1,223 KP
Rumah Kluster 2 Unit (2 Tingkat)15639′ x 49′1,262 KP
Rumah Kluster (2 Tingkat)10037′ x 49′1,181 KP
Rumah Sesebuah (2 Tingkat)2929′ x 59′1,262 KP

Harga akan dijual dalam sekitar RM80,000 sehingga RM100,000 seunit dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 bagi kesemua 488 buah unit

b. Bandar Baru Majidee

JenisJumlah UnitSaiz Keluasan Binaan
Pangsapuri3201,000 KP

Harga bagi seunit adalah bermula RM150,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019

c. Bukit Saujana

Bagi projek RIBJ di lokasi Bukit Saujana, Johor Bahru, semakan semula terhadap pelaksanaannya sedang dijalankan dan sebarang pengumuman akan dikemaskini kelak

Terkini pada Oktober 2018, Keluarga Diraja Johor mengumumkan satu lagi berita gembira iaitu Rumah Impian Bangsa Johor akan diperluaskan sehingga ke Daerah Mersing. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan kriteria permohonan bagi projek ini dan akan digariskan seperti di bawah

Rumah impian Bangsa Johor (Mersing)

Seluas 57 hektar tanah kurnia akan digunakan untuk membangunkan 1000 unit kediaman terdiri daripada rumah banglo, rumah berkembar, rumah teres dan dua tingkat, serta rumah kedai.

Turut bakal dibangunkan adalah Kompleks Bangsa Johor meliputi balai raya atau dewan serbaguna, surau dan juga perancangan pembinaan sekolah rendah serta sekolah menengah.

Lokasi bagi pembinaan RIBJ (Mersing) ini terletak di Kampung Sri Pantai, Mersing

Harga bagi seunit rumah kediaman akan dijual bermula RM70,000 hingga RM200,000

Kategori  Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

Rumah Teres 1 Tingkat :

  • 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
  • Harga seunit mulai RM70,000

Rumah Teres 2 Tingkat :

  • 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
  • Harga seunit RM200,000 ke bawah

Kriteria / Syarat Khas Kelayakan Pembeli RIBJ (Mersing)

Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat negeri Johor
  2. Pemohon mempunyai pendapatan RM5,000 ke bawah bagi seisi rumah
  3. Pemohon bukan terdiri daripada anak tunggal atau anak sulung
  4. Pemohon mestilah belum pernah mempunyai sebarang hartanah sebelum ini
  5. Dengan tujuan untuk membina semangat kemasyarakatan, Sultan Johor mahukan pengagihan dijalankan secara adil kepada setiap kaum Melayu, Cina dan India

*Permohonan boleh dilakukan secara atas talian sebaik sahaja permohonan dibuka

Kriteria / Syarat Asas Kelayakan Pembeli

Kriteria bagi permohonan pembelian melalui Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor adalah seperti berikut:

  1. Warga negara Malaysia, menetap selama 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas
    (Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)
  2. Permohonan rumah buat kali pertama
  3. Bujang atau telah berkahwin
  4. Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  5. Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
  6. Pendapatan isi rumah adalah berdasarkan jenis / kategori rumah yang ditawarkan. Sila rujuk di bawah

Jenis/ Harga Rumah Dan Pendapatan Layak

Jenis / Kategori Harga Pendapatan
Rumah Impian Sultan IbrahimRM80,000 – RM100,000Tidak lebih RM5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (A)RM100,000 – RM150,000Tidak lebih RM8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (B)RM150,000 dan ke atasTerbuka dan tertakluk kepada pemohon

Maklumat lanjut, sila rujuk pada lampiran berikut

 

Rumah banglo atau rumah berkembar / Semi-D dengan harga bawah RM100,000 seunit

Kediaman tidak berpagar bagi mewujudkan hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup

GAMBAR CONTOH MODEL RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (RIBJ) YAYASAN SULTAN IBRAHIM (YSI)

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat soalan lazim (FAQ) seperti disediakan di bawah beserta beberapa pautan lain untuk dihubungi

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.