Ringkasan intipati utama RMK 12 Rancangan Malaysia

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya berlangsung di Parlimen pada 6 Ogos 2020 telah ditunda kepada Januari 2021 susulan kesan ekonomi dunia akibat penularan wabak COVID-19 dan pengkajian semula dapat dijalankan. Terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed mengumumkan RMK-12 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September 2021.

Terdahulu, Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah diadakan di Parlimen pada 21 Mei 2015 dan disampaikan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

Daripada intipati utama yang terkandung dalam RMK 11 menyaksikan ia selaras dengan tema iaitu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

RMK-11 adalah penting kerana ia dilihat akan menjadi transformasi terakhir dalam matlamat menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020

Ringkasan Intipati Utama RMK 12 Rancangan Malaysia

Bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan. Berikut adalah ringkasan daripada inti pati utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada 27 September 2021

1) Tema RMK12: Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan

  • Menjana Semula Ekonomi
  • Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti
  • Melonjakkan Kemampanan

2) Matlamat RMK 12

  • Pertumbuhan KDNK 4.5% – 5.5% setahun
  • Purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025
  • Jurang KDNK per kapita pada 2025 berbanding Wilayah Tengah
    • Sabah dikurangkan 1:2:5
    • Sarawak dikurangkan 1:1:2
  • Pengurangan intensiti pelepasan Green House Gas 45% kepada KDNK tahun 2030

3) Fokus-fokus utama RMK 12

  • Merancakkan pertumbuhan ekonomi
  • Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan
  • Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia
  • Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam
  • Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan
  • Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia
  • Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri kurang membangun
  • Mempercepat pertumbuhan hijau
  • Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan

Bagi perincian lanjut, sila muat turun:

Info RMK 11

1) Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

  • Rakyat merupakan tonggak negara
  • Menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan
  • Semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara

2) RMK11 Akan Mengukuhkan Daya Tahan Ekonomi Makro Untuk Meningkatkan Pertumbuhan

  • Meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta
  • Menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan
  • Mengurus kewangan awam secara berhemat

3) RMK11 Mempunyai Enam Teras Strategi

  1. Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
  2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat
  3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing
  5. Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
  6. Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

4) RMK11 Akan Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti

  • Bertumpukan rakyat
  • Produktiviti dan kecekapan
  • Kerajaan digital

5) Semua Pihak Perlu Melaksanakan Usaha Secara Bersama Mencapai Aspirasi Negara

  • Dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu

6) Membina Malaysia Pasca 2020

  • Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi
  • Menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan keunikan flora dan fauna negara ini
  • Rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh
  • Prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan
  • Sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu

RMK11 Berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini RMK11 mengutamakan tindakan berpaksikan rakyat dan mengambil kira perspektif jangka panjang. Rakyat Malaysia akan lebih produktif kerana produktiviti daripada sektor swasta dan sektor awam akan meningkat.

7) Membina Negara Maju

  • Menjana kekayaan melalui inovasi
  • Mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri
  • Membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global

8) Membangun Secara Mampan

  • Gaya hidup hijau
  • Reduce, reuse and recyle (3R)
  • Pembelajaran hijau

9) Komited Dalam Mewujudkan Sebuah Masyarakat Inklusif

  • Kualiti hidup yang selesa untuk semua
  • Seorang graduan bagi setiap isi rumah
  • Komuniti usahawan produktif

Perpaduan rakyat, kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi menjadi petunjuk paling penting dalam memastikan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang dibentangkan mencapai objektifnya. Selain itu, Kerajaan akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya. Kerajaan akan memastikan segala perancangan yang telah disusun dalam RMK11 ini tidak lari dari landasan utamanya

Info Berkaitan

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.