Cara Buat QR Code Mudah Dan Cepat (Untuk Pelbagai Tujuan)

Cara Buat QR Code. Dalam mendepani arus modenisasi hari ini, pelbagai kemudahan teknologi yang boleh kita gunakan dalam urusan harian. Kepesatan teknologi mudah alih telah mengubah norma masyarakat serta memudahkan atau menyegerakan urusan yang sebelum ini memakan masa yang lama tetapi kini hanya memerlukan beberapa saat untuk diselesaikan

Hampir kesemua anggota masyarakat memiliki telefon pintar masing-masing. Dengan menggunakan telefon pintar, terdapat banyak aplikasi yang membantu kita dalam menyelesaikan masalah yang sering dihadapi. Sebagai contoh, penggunaan QR kod untuk memaparkan maklumat berkaitan perniagaan atau merekod kehadiran pekerja

Apabila pandemik COVID-19 melanda dunia, penggunaan QR kod semakin menjadi norma masyarakat khususnya di Malaysia. Tamsilnya, pengenalan aplikasi MySejahtera yang diwajibkan kepada setiap premis untuk menyaring dan merekod kehadiran pengunjung ke suatu tempat menggunakan QR code agar penularan wabak COVID-19 dapat dibanteras

Selaras dengan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu mengurangkan sentuhan fizikal dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan QR kod adalah relevan dalam pelbagai urusan. Justeru, berikut dikongsikan cara mudah dan cepat untuk membuat QR code bagi pelbagai tujuan

Cara Buat QR Code Guna Untuk Dokumen Dan Web

Untuk makluman, QR yang bermaksud Quick Response kod adalah generasi kedua kepada bar code atau kod bar yang terdapat pada produk-produk di pasaraya.

QR kod mempunyai kebolehan untuk menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar. Dibawah dikongsikan cara membuat secara mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan

Buat Kode QR Menggunakan Google Form

Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.

  1. Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
  2. Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih Google Drive
  4. Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
  5. Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
  6. Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
  7. Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
  8. Ikuti langkah di bawah untuk jana QR kod

Jana QR Code

Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.

  1. Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
  2. Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
  3. Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan buatng muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code:

Selain menjana kod daripada Google, laman web, sosial media dan apa-apa capaian secara atas talian yang mempunyai link url boleh dijana menjadi QR Kod.

Contoh lain yang boleh dijana menjadi QR kod adalah:

a. Laman Web

b. Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram

c. Kad Jemputan Kahwin Digital

d. Lokasi Pejabat

e. Menu Restoran

f. Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost

Related : mysejahtera check in, nombor telefon, untuk mengikuti, qr code mysejahtera untuk, untuk scan, cara buat qr code mysejahtera, kerajaan malaysia, nak buat qr code, dimuat turun, kod otp

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.