Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 Kajian Masyarakat

"/

Calon PT3 pada tahun 2018 telah diberi tugasan kerja kursus Sejarah yang memerlukan para calon membuat kajian tentang Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal calon

Berikutan permintaan tinggi daripada pelajar tingkatan 3 bagi tahun 2018 untuk memberikan panduan dan tips untuk membantu calon dalam tugasan ini, pihak MYsumber akan menghasilkan contoh jawapan terbaik berkaitan dengan kerja kursus ini

Sebuah laporan kajian yang bermutu tinggi hendaklah mengikuti segala aspek yang diperlukan yang merangkumi Tajuk Kajian, Nama Penulis, Isi Kandungan (meliputi beberapa aspek kecil), Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Hasil Kajian, Rumusan, Lampiran Berkaitan, Sumber Rujukan dan Penghargaan ( jika perlu)

Jawapan Contoh Folio PT3 Sejarah 2018 Kajian Masyarakat

Petikan Tugasan

"/

Peringatan

  • Hasil tugasan yang dilakukan hendaklah asli dan bebas dari altiviti plagiat dengan mengelakkan daripada mengambil atau meniru contoh jawapan sepenuhnya daripada mana-mana sumber
  • Sumber rujukan bagi petikan dan gambar daripada sumber-sumber lain hendaklah dinyatakan dengan lengkap
  • Calon berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang rendah jika tertangkap melakukan aktiviti plagiat (atas budi bicara penyemak)

Panduan Dan Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda

*Calon hendaklah memahami dengan jelas kehendak tugasan sebelum memulakan kajian ini agar jawapan anda menepati keperluan tugasan dan tidak tersasar dari soalan tugasan. Calon dinasihatkan untuk mendapatkan penerangan dan bimbingan lanjut dari guru anda sahaja.

  1. Calon boleh memilih lokasi yang terdapat di tempat tinggal calon yang mengandungi sejarah kepada terbentuknya masyarakat setempat atau di tempat tinggal anda
  2. Tetapi, kandungan kerja kursus kajian masayarakat ini dan susunan format adalah tertakluk kepada kehendak tugasan dan arahan daripada guru masing-masing

Tugasan


Perancangan Tugasan 

Tajuk Kajian / Menentukan Lokasi Sebagai Kajian Masyarakat

Menentukan lokasi kajian yang menepati kehendak tugasan selaras dengan isi kandungan laporan

Selidiki kesesuain lokasi pilihan calon bagi memudahkan penulisan laporan kajian. Hasil daripada penyelidikan tersebut anda akan dapat merungkai sejarah dan perkembangan masyarakat setempat

Masyarakat kawasan yang menjadi pilihan MYsumber untuk dijadikan sebagai contoh adalah seperti berikut:-

Nama Penulis

Butiran Penulis (Bersambung)

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi