Keputusan PRN Sabah 2020 rasmi terkini Pilihanraya Negeri 26 September

Politik Malaysia pada tahun 2020 menyaksikan pelbagai senario pergolakan dan peralihan kuasa telah berlaku walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda. Ini termasuklah pada kerajaan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Pergolakan yang berlaku di kerajaan persekutuan sememangnya memberi kesan kepada politik kerajaan negeri-negeri di Malaysia. Tidak terkecuali negeri Sabah yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun 2020

PRN Sabah bakal dijalankan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai 2020. Ianya telah diperakukan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sekaligus membolehkan pilihan raya negeri dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh masa 60 hari. Datuk Seri Mohd Shafie juga kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dilaksanakan SPR

Episod krisis politik Sabah ini mencapai kemuncak apabila bekas Ketua Menteri Sabah sebelum ini Tan Sri Musa Aman mendakwa memperoleh sokongan majoriti mudah 33 wakil rakyat Sabah bagi membentuk kerajaan negeri baharu. Gabungan tersebut membabitkan beberapa parti Perikatan Nasional (PN) iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menurut dakwaan beliau

Oleh sebab itu, Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah mengambil keputusan mengumumkan pembubaran DUN dengan perakuan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar. Dengan ini mandat telah diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan dan membuat keputusan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Semoga kerajaan negeri yang dipilih rakyat dapat memperbaiki dan menghasilkan dasar lebih baik buat penduduk Sabah

Keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Sabah 2020 rasmi terkini

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengumumkan keputusan mahkamah terhadap pembubaran DUN negeri tersebut pada 21 Ogos. Menurut Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh, beliau berkata semakan kehakiman itu menetapkan keputusan Yang DiPertua Negeri menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar. Maka, kes cabaran terhadap responden ditolak oleh mahkamah.

Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Sabah 2020 terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan

Tarikh Penting PRN 

Perkara  Tarikh
Tarikh Penamaan Calon12 September 2020
Tarikh Mengundi Awal22 September 2020
Tarikh PRN Sabah26 September 2020

Sebanyak 64 pusat penamaan calon serta pusat perjumlahan rasmi undi akan digunakan manakala 741 pusat mengundi melibatkan 2,540 tempat mengundi (saluran) serta 56 pusat mengundi awal melibatkan seramai 30,540 petugas yang akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya tersebut.

Jumlah pengundi pula adalah seramai 1,124,598 berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2019 rakyat Sabah & Daftar Pemilih Tambahan ST 1 2020 setakat dikemaskini sehingga 29 Julai 2020

Jumlah Kerusi DUN Sabah yang dipertandingkan

Menurut Pengarah SPR Sabah, sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRN Sabah yang ke-16. Sebelum ini ketika PRU-14, sebanyak 60 kerusi dipertandingkan. Namun, Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah

Jumlah Kerusi DUN Dimenangi Parti Bertandingan PRN Sabah 2020

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
Barisan Nasional14
Bersatu11
Star6
PBRS0
MCA0
PBS7
SAPP0
Jumlah38
Warisan Plus 
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
Warisan23
Amanah0
PKR2
DAP6
UPKO1
Jumlah32
Lain-lain
Parti Jumlah Kerusi Dimenangi
Bebas3
USNO0
PPRS0
PGRS0
PCS0
LDP0
PKAN0
PKS0
PHRS0
Jumlah3

Jumlah 73 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Pembetukan Kerajaan Negeri Sabah

Gerakan Rakyat Sabah telah mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru di Sabah berdasarkan keputusan penuh PRN Sabah

Sebagai rujukan, berikut disediakan pautan bagi senarai calon dan parti yang telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tahun 2019 bagi negeri Sabah. Disediakan juga pautan laman web rasmi SPR bagi sebarang pertanyaan atau rujukan.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.