Ringkasan Intipati Kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia

Susulan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada 23 Mac 2020, Pakej Ransangan Ekonomi dan bantuan kewangan yang lebih komprehensif telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Negara kini terbeban dengan penularan wabak covid-19. Pelbagai aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikenakan pada masa ini. Selain itu, harga minyak dunia yang rendah juga impak kepada ekonomi negara kerana kebergantungan negara kepada hasil perdagangan minyak. Oleh yang demikian, bagi memastikan ekonomi negara berada pada keadaan yang stabil, bantuan-bantuan kewangan dari kerajaan amatlah penting bagi mengelakkan kegawatan ekonomi yang teruk semenjak 1998 dan 2009.

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang akan diumumkan ini akan menumpukan usaha membantu setiap golongan rakyat yang terjejas bagi memastikan keadaan negara kekal aman dan terkawal. Selain itu, inisiatif yang menyeluruh dan mengambil kira kepentingan entiti perniagaan diperlukan bagi memastikan jumlah pemberhentian pekerja berada pada tahap yang terkawal.

Bantuan kewangan yang diumumkan ini perlu  meliputi pelbagai sektor yang terkesan seperti kesihatan, perdagangan, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Ringkasan Intipati Kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Kemaskini: Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) pada 6 April 2020. Berikut adalah antara intipati penting pengumuman tersebut:

  1. Peruntukan Program Subsidi Upah Dinaikkan
    Semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
    i. Syarikat dengan pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan tetapi bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi ditambah daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja
    ii. Syarikat dengan pekerja 76 hingga 200 orang, subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja akan diterima oleh syarikat
    iii. Syarikat dengan pekerja sehingga 75 orang akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja
    Bantuan adalah selama 3 bulan dan khusus pada majikan yang berdaftar dengan SSM atau PBT sebelum 1 Januari 2020 serta mendaftar dengan PERKESO. Dengan syarat, syarikat perlu mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan iaitu 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 4 bulan selepas itu

  2. Geran Khas PRIHATIN
    Kerajaan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 bagi setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS seluruh negara. PKS mikro perlu berdaftar dengan LHDN dan kerajaan akan memperoleh senarai PKS mikro yang layak daripada PBT dan SSM
  3. Pengecualian Bayaran Sewa / Diskaun sewa Peniaga Runcit PKS
    Kerajaan mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan bagi peniaga runcit PKS untuk yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan.
  4. Pengurangan Bayaran Levi Pekerja Asing Sebanyak 25%
    Kerajaan membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020. Namun ia tidak terpakai kepada pembantu rumah

Berikut dikongsikan ringkasan intipati kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pembentangan dijalankan secara langsung.

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi 

  • Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin): RM250 Bilion
  • Bajet 2020 ( Diumum 11 Oktober 2019): RM297 Bilion 
  1. Melindungi Kebajikan Rakyat : 128 Bilion
  2. Menyokong Perniagaan : 100 Bilion
  3. Memperkukuh Ekonomi : 2 Bilion

Sebanyak RM20 biluon telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini

Fokus Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

  1. Bantuan sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah
  2.  Bantuan sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
  3. Bantuan sebanyak RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  4. Bantuan sebanyak RM500 kepada individu bujang  21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,001 dan ke RM4,000

Bantuan Sara Hidup

Baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020

Bantuan Pelajar IPT

Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020 kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Bantuan Penjawat Awam

Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020

Elaun Khas Kakitangan Perubatan  COVID-19

Elaun khas yang diterima dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir

Elaun Khas Kakitangan Perintah Kawalan Pergerakan

Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir

Bantuan Pesara Kerajaan

Pesara kerajaan akan menerima sebanyak RM500 pada April 2020

Bantuan Pemandu E-Hailing dan Teksi

Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing serta RM600 kepada pemandu teksi

Penangguhan Sewa PPR (KPKT Dan DBKL)

Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan

Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020

Diskaun Bil Elektrik (Isi Rumah)

Diskaun sebanyak 2% akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020

Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020

Pakej Khas Telco (Telekomunikasi Dan Multimedia)

Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat

Program Subsidi Upah

Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020

Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja

Penangguhan Bayaran Pinjaman PTPK

Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020

Manfaat MySalam

Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Manfaat ini juga akan diberikan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

Insurans/Takaful : Penagguhan Bayaran Premium atau Sumbangan

Penangguhan bayaran untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini

Teks Ucapan Lengkap PRIHATIN

Teks Rasmi / Penuh Ucapan Pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

BACA JUGA: Bantuan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Akibat COVID-19 Yang Diumumkan Sebelum Pakej Rangsangan Ekonomi

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi