Kelebihan Serta Senarai Lafaz Niat Dan Jenis Puasa Sunat

Berpuasa sunat adalah amalan yang banyak keistimewaannya malah puasa sunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah, untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya

Sebagai makluman, puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa

Kelebihan Serta Senarai Lafaz/ Bacaan Niat Dan Jenis-Jenis Puasa Sunat

Dalam majlis ilmu yang dihadiri, penulis dapat menggariskan beberapa kelebihan puasa sunat antaranya seperti berikut

Kelebihan Puasa Sunat

  • Tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya. Berpuasa juga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani
  • Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram
  • Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain
  • Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan
  • Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran

Kesimpulan 

  • Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas
  • Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah
  • Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Antara lain kelebihan Puasa Sunat adalah dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan

Jenis Bacaan / Lafaz Niat Puasa Wajib Dan Sunat

Berikut adalah lafaz niat (bacaan rumi) puasa wajib dan juga lafaz niat puasa dalam bulan atau hari yang disunatkan berpuasa

Bacaan / Lafaz Niat Puasa Wajib

  1. Niat Puasa Wajib
    • Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Sempurna : Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
    • Lafaz Niat Puasa Ramadhan Ringkas : Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala
  2. Niat Puasa Qadha’ Ramadan
    • Sahaja aku berpuasa esok hari kerana ganti daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
  3. Niat Puasa Qadha’ Ramadan Beserta Niat Puasa 6 Syawal
    • Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala

Bacaan Lafaz Niat Puasa Sunat

  1. NIAT PUASA NAZAR
    • Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan nazar fardhu kerana Allah Taala
  2. NIAT PUASA SUNAT ENAM SYAWAL
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala
  3. NIAT PUASA HARI ISNIN / KHAMIS
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala
  4. NIAT PUASA SUNAT BULAN SYA’BAN
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Sya’ban kerana Allah Taala
  5. NIAT PUASA SUNAT BULAN REJAB
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala
  6. NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH)
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Taala
  7. NIAT PUASA HARI TASU’A (9 MUHARRAM)
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Tasu’a kerana Allah Taala
  8. NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA (10 MUHARRAM)
    • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari ‘Asyura’ kerana Allah Taala

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.