Tarikh Dan Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah salah satu daripada ‘al-Ashur al-Hurum’ (bulan-bulan haram) selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT

Rejab memiliki kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT

Untuk makluman, tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada bulan Rejab. Bagaimanapun sebagai umat Islam, kita disarankan untuk memperbanyak ibadah apa yang mampu dilakukan

Sekiranya tidak mampu melakukan ibadah dan kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah, ghibah, makian dan lain-lain perkara negatif

Tarikh Dan Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Amalan di Bulan Rajab

Antara amalan yang sering dilakukan oleh Umat Islam di Bulan Rejab adalah berpuasa sunat

Sebenarnya, tiada ada hadis sahih yang mengkhususkan puasa sunat di bulan Rejab, kerana sebahagian ulama menyarankan umat Islam memperbanyakkan puasa sunat di keseluruhan bulan haram tanpa mengkhususkan di bulan sunat Rejab sahaja

Tidak ada hadis sahih yang melarang atau menganjurkan secara khusus berpuasa di bulan Rejab, maka hukumnya sama di bulan lainnya iaitu anjuran berpuasa secara umum

Cara Bacaan Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Umat Islam yang mahu berpuasa sunat di Bulan Rejab, berikut disertakan lafaz niat puasa sunat di bulan Rajab dalam bahasa Rumi dan Arab

  • نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rajab Sunnatan Lillahi Taala

“Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala”

Tarikh 1 Rejab 1446H Di Malaysia

Di Malaysia 1 Rejab 1446 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 1 Januari 2025 (Hari Rabu)

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.