Perodua Myvi Baru 2022 Terkini Harga Dan Spesifikasi

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengumumkan pengenalan model kereta Perodua Myvi serba baharu dengan tempahan dibuka mulai 9 November 2021 di kesemua pusat pameran syarikat automotif berkenaan di seluruh negara

Perodua Myvi baru ini (facelift 2022) dilihat menampilkan rekaan lebih menarik dan bergaya, dengan keselesaan serta keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk pengguna

Kereta Perodua Myvi baharu berharga di antara RM45,700.00 hingga RM58,800.00 sebuah. Myvi serba baharu melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan. Harga bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Harga, Spesifikasi Dan Gambar Kereta Perodua MYVI 2022 Baharu

Model ini dilengkapi enjin baharu iaitu CVT 1.3 liter dan CVT 1.5 liter serta mengekalkan ciri kenderaan cekap tenaga EEV. Tiada varian manual akan dikeluarkan pada edisi ini kerana Perodua menyatakan jumlah permintaan untuk varian manual kurang daripada 1% daripada jumlah pembelian Myvi sebelum ini

Harga Perodua MYVI Baru 2022 Mengikut Varian (Semenanjung sahaja)

Semua harga tidak termasuk insurans

1.3 STANDARD G (AT) (Without PSDA)

  • RM 45,700.00

1.3 STANDARD G (AT)

  • RM 47,700.00

1.5 X (AT)

  • RM 49,900.00

1.5 H (AT)

  • RM 53,900.00

1.5 AV (AT)

  • RM 58,800.00

*Terdapat enam pilihan warna iaitu | Ivory White | Glittering Silver | Lava Red | Granite Grey | Cranberry Red (AV sahaja)

Spesifikasi Perodua MYVI Baru 2022

1.3 Standard G (AT) – Without PSDA, Standard G (AT)

  • Enjin 1.3 liter DOHC with Dual VVT-i (1NR-VE)
  • 1,329 cc, empat-silinder petrol
  • 70 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (anggaran sahaja)
  • 22.2 km/liter penggunaan minyak dengan Eco-driving
  • Lampu belakang LED dengan lampu panduan
  • Penderia undur
  • Rim aloi 14-inci
  • Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
  • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
  • Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
  • Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
  • ABS with EBD
  • Perodua Smart Drive Assist (PSDA)
    • Advanced Safety Assist (A.S.A)
    • Driving Assist (LDW & LDP sahaja)
    • Parking Assist (Rear corner assist sahaja)
    • Headlamp Assist (Auto High Beam Assist)

1.5 X AT (CVT)

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.3 Standard G (AT) cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Enjin 1.5 liter DOHC with Dual VVT-i (2NR-VE)
  • 1,496 cc, empat-silinder petrol
  • 76 hp pada 6,000 rpm, 137 Nm pada 4,200 rpm (anggaran sahaja)
  • 21.1 km/liter penggunaan minyak dengan Eco-driving
  • Rim aloi 15-inci
  • Kemasan luaran dan dalaman tambahan

1.5 H AT (CVT)

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.5 X (AT) cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Daytime Runnning Lights (LED)
  • Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
  • Aplikasi Pengecaman Suara
  • Perodua Smart Drive Assist (PSDA)
    • Parking Assist (Front and Rear Corner)
  • Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)
  • Kemasan luaran dan dalaman tambahan

1.5 AV AT (CVT)

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.5 H cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Intergrated Driving Video Recorder (IDVR)
  • Perodua Smart Drive Assist (PSDA)
    • Adaptive Cruise Control (ACC)
    • Lane Keep Control (LKC)
    • Blind Spot Monitor (BSM)
    • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
    • Kamera undur
  • Kemasan luaran dan dalaman tambahan

Spesifikasi Perodua MYVI 2018

1.3 Standard G (MT/AT)

  • Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
  • 1,329 cc, empat-silinder petrol
  • 94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (anggaran sahaja)
  • Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
  • Pelaras lampu hadapan
  • Lampu belakang LED dengan lampu panduan
  • Penderia undur
  • Rim aloi 14-inci
  • Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
  • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
  • Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
  • Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi) ABS dan EBD
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) / Kawalan Traction (TRC)
  • Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Waranti lima-tahun / 150,000 km

1.3 Premium X AT

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.3 Standard G (MT / AT) cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
  • Kemasan luaran dan dalaman tambahan

1.5 High

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.3 Standard G (MT / AT) / 1.3 Premium X (AT) cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
  • 1,496 cc, empat-silinder petrol
  • 106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (anggaran sahaja)
  • Empat-kelajuan E-AT
  • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
  • Rim aloi 15-inci dua-tona
  • Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
  • Bampar belakang dua-tona / Spoiler belakang
  • Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
  • Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

1.5 Advance

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.3 Standard G (MT / AT) / 1.3 Premium X (AT) / 1.5 High cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah :

  • Advanced Safety Assist (ASA)
  • Amaran Pra-pelanggaran
  • 106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (anggaran sahaja)
  • Empat-kelajuan E-AT
  • Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
  • Amaran Pergerakan Kehadapan / Kawalan Salah-operasi Pedal

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.