MySejahtera Aplikasi Pengawasan Penularan Covid-19

Kerajaan amat komited dalam membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kita boleh lihat pelbagai inisiatif kerajaan dibangunkan untuk memastikan penyakit ini dapat dikawal dan dihapuskan. Antaranya adalah pengenalan aplikasi MySejahtera iaitu salah satu usaha untuk membantu dalam pengawasan penularan COVID-19 dalam negara

Selain itu kerajaan menyarankan untuk memuat turun aplikasi ini bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan  bagi mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat

Dengan memuat turun aplikasi My Sejahtera, ianya dapat memberikan kemudahan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan. Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi adalah pengesanan hotspot kawasan COVID-19 dan loksi fasiliti saringan yang terdekat. Nasihat kesihatan secara atas talian turut disediakan

Bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara yang dibenarkan kuarantin di rumah juga perlu memuat turun aplikasi termasuklah mereka yang bekerja di Singapura dan berulang alik ke Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun terus ke telefon bimbit anda sama ada melalui appstore, google playstore atau huawei appgallery

Muat Turun Aplikasi MySejahtera

Cara Update Status Kesihatan MySejahtera

Berikut adalah cara untuk mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera:

Kemaskini 5 Januari 2021: Berdasarkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, bagi mendapatkan vaksin COVID19 secara sukarela, rakyat perlu daftar atau sign up di aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini akan mempunyai feature sign up di mana pengguna boleh daftar dan menyatakan persetujuan dan telah berdaftar untuk mendapatkan Vaksin.  Kemaskini akan dibuat di sini sebaik sahaja feature tersebut telah disediakan di aplikasi MySejahtera.

Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aplikasi ini memberikan kemudahan untuk:

  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka (monitoring their health) sepanjang penularan wabak COVID-19
  3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Berikut dikongsikan bagaimana cara download aplikasi serta maklumat lain yang berkaitan.

Adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak

TERKINI: Berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara, oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan mengenai pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 akan dibuat setelah memuat turun atau download aplikasi MySejahtera.

Untuk cara muat turun e-dompet bagi mendapatkan kredit RM50 daripada kerajaan rujuk pautan berikut:

*Menurut Kenyataan Menteri Kewangan, pengkreditan RM50 e-wallet ke akaun pengguna akan dikreditkan pada penghujung bulan Julai. Kaedah pengkreditan akan diumumkan kelak.

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertamaCara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera 

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

*Pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’

Video Penjelasan Pendaftaran MySejahtera

Apa itu MySejahtera Check-In?

My Sejahtera Check-In adalah salah satu daripada fungsi tambahan dalam aplikasi yang memberi kebenaran untuk semua jenis premis bagi mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia

Fungsi ini menyediakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam atau teratur ke dalam sesebuah premis. Secara langsung, gunfsi ini dapat membantu negara mengurus penularan wabak COVID-19 serta mengutamakan keselamatan awam

Panduan Check-In

Penggunaan My Sejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakkan tempat, termasuklah pengangkutan awam. Sila muat turun aplikasi dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam MySejahtera untuk ‘Check-In’. Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk.

Untuk pengguna aplikasi sedia ada (pastikan aplikasi anda berada di versi terkini):

  1. Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR My Sejahtera Premis);
  2. Langkah 2: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis; dan
  3.  Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:

  1. Langkah 1: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis menggunakan kamera telefon;
  2. Langkah 2: Laman web My Sejahtera Check-In akan dibuka.
  3. Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri
  4. Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan
  5. Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Maklumat selanjutnya sedang dikemasini

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.