Cara Daftar MyBayar Saman PDRM & Bayar Saman Polis Online

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja melancarkan Portal dan Aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac 2021. Ianya merupakan sebuah medium secara atas talian atau online bagi orang ramai membayar saman PDRM dengan mudah dah cepat iaitu terus daripada komputer atau telefon masing-masing

Ianya dilancarkan selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai atau cashless menjelang tahun 2022. Justeru, rakyat Malaysia yang telah dikenakan kompaun atau saman trafik dan masih belum dijelaskan boleh membayarnya menggunakan aplikasi portal ini

Berita baik juga buat semua, sempena pelancaran portal & aplikasi, PDRM sukacita menawarkan pengurangan bayaran saman (penawaran diskaun) sebanyak sehingga 50% kepada orang ramai bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021. Pengurangan kompaun ini juga secara umumnya adalah bersempena Hari Polis 2021 yang ditawarkan kepada beberapa jenis saman kecuali dinyatakan lanjut di bawah

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir 12 Disember dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Apa Itu MyBayar Saman?

Ianya adalah alternatif Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Tradik (JSPT) Polis Diraja Malaysia untuk menyediakan pilihan pembayaran kompaun saman secara dalam talian tanpa perlu beratur di mana-mana kaunter saman trafik. Kemudahan ini disediakan dalam bentuk aplikasi di telefon mudah alih mahupun di laman sesawang.

Pendaftaran MyBayar Saman Sistem Bayaran Kompaun & Saman Online

Berikut disediakan maklumat mengenai pendaftaran MyBayar dan cara membayar saman secara online serta maklumat lain yang berkaitan

TERKINI: Kadar Khas Bayaran Saman RM50

Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PDRM akan memberikan kadar khas bayaran saman bagi semua saman trafik PDRM.

Setiap saman (kesalahan pada tahun 2022 dan sebelumnya sahaja) boleh dibayar pada kadar harga RM50 bermula 21 April hingga 21 Mei 2023. Kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

Kemaskini: Diskaun Saman Sehingga 60% Sempena Hari Polis Ke-216

Sempena sambutan Hari Polis Ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 60% bermula dari 20 Mac sehingga 31 Mac 2023

Pembayaran saman boleh dibuat di:

  • Portal / Aplikasi MyBayar Saman
  • Kaunter bayaran trafik IPK & IPD Seluruh negara

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan:

  • Kemalangan
  • Kesalahan Yang Dikategorikan Tidak Boleh Kompaun (NC)
  • Kesalahan Bicara Mahkamad (M)
  • Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
  • Memotong Secara Berbahaya
  • Menggunakan Lorong Kecemasan
  • Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  • Memotong Di Garisan Berkembar
  • Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
  • Saman Berstatus Waran (W)
  • Saman Berstatus OP Selamat

Sumber: Facebook

Kategori Saman Trafik Tiada Pengurangan Diskaun

Berikut adalah saman yang tidak mendapat pengecualian diskaun atau pengurangan harga kompaun:

Video Panduan Pendaftaran

a. Cara Daftar & Pembayaran Menerusi Portal

Bagi mereka yang ingin menggunakan portal, langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal : https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Tekan butang Daftar Pengguna Baru
  3. Isikan maklumat peribadi dengan betul
  4. Kemudian, pemohon akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
  5. Log Masuk dengan No. Kad Pengenalan dan Kata laluan yang didaftarkan
  6. Butiran saman akan dipaparkan
  7. Tekan butang Bayar di butiran saman
  8. Semak semula jumlah dan butiran saman yang ingin dibayar
  9. Pilih mod pembayaran dan tekan butang Bayar
  10. Pembayaran berjaya dan selesai

b. Cara Pendaftaran  & Pembayaran Melalui Aplikasi

Bagi mereka yang ingin menggunakan aplikasi pula, ikuti langkah seperti berikut:

Muat Turun Aplikasi Telefon Mudah Alih

  1. Muat turun aplikasi di telefon pintar
  2. Tekan butang Daftar Pengguna Baharu
  3. Isikan Maklumat Peribadi
  4. Masukkan pengesahan OTP yang dihantar ke telefon bimbit
  5. Log masuk ke aplikasi
  6. Tekan butang Semakan Saman di menu utama
  7. Butiran saman akan dipaparkan
  8. Tekan butang Bayaran Saman pada menu utama
  9. Pilih saman yang hendak dilunaskan bayaran
  10. Pilih mod bayaran
  11. Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan
  12. Tekan Bayar dan semak sejarah transaksi di paparan aktiviti

Infografik

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan, bolehlah menghubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di butiran berikut atau rujuk pautan di bawah:

Related : bukit aman, option to, kuala lumpur, inspector general of police, tan sri abdul hamid bador, department jspt, layari laman web, pembayaran saman, cara bayar saman, sila ikuti, tawaran pengurangan kompaun saman melalui portal, kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan berkaitan kenderaan berat, termasuk kesalahan kesalahan utama, pengubahsuaian ekzos, saman jpj pdrm, 4 hari, saman tertunggak, pusat konvensyen kuala lumpur klcc, diskaun 80, bayar saman melalui portal, untuk membayar, bayar saman online, untuk membuat pembayarannya, bayaran saman pdrm,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.