Permohonan Tingkatan 4 MTD 2025 Maktab Tentera Diraja

Maktab Tentera Diraja (MTD) mempelawa pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang memiliki kelulusan yang berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun pengambilan sesi 2025

Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2024 dan permohonan tersebut boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman sesawang (web) rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)

Permohonan Online Maktab Tentera Diraja (MTD) Tahun 2025 Tingkatan 4 

Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti cara untuk membuat permohonan, tarikh sistem permohonan dibuka / ditutup dan syarat pemilihan kemasukan Putera Maktab Tentera Diraja, Tingkatan 4 bagi tahun pengambilan sesi 2025

Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2025

Mulai ambilan tahun 2021, permohonan ke MTD telah diselaraskan di bawah satu sistem yang dibangunkan oleh KPM iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Tarikh Permohonan MTD

Di bawah adalah tarikh rasmi permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2025 :

  • Permohonan Dibuka : 1 Ogos 2024
  • Permohonan Ditutup : 8 September 2024
  • Semakan Pusat PKSK : 13 September – 3 Oktober 2024

Semakan menduduki ujian PKSK rujuk pautan berikut:

Syarat Kemasukan

Tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia LELAKI sahaja (ibu bapa mestilah warganegara Malaysia) serta memenuhi kelayakan syarat-syarat seperti di bawah :

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM
  2. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

Syarat Fizikal

  1. Tinggi Minimum : 152 sm
  2. Berat Minimum : 40.5 kg
  3. BMI : 18 – 27
  4. Ukuran Dada Minimum : 74 sm (biasa) / 79 sm (tarik nafas)
  5. Kesihatan : Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti seperti di bawah:
    • Flat foot
    • Impacted earwax
    • Asthma
    • Scoliosis (tulang belakang bengkok)
    • Varicose vein
    • G6PD – deficiency
    • Haemorrhoids (buasir)
    • Inguinal hernia
    • Tinea (Jangkitan kulat pada kulit)
    • Bahu tidak sekata
    • Tidak memakai pendakap gigi
    • Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
  6. Penglihatan : Tidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12
  7. Emel : Wajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif

Panggilan Menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal 

Panggilan temuduga boleh disemak bermula tarikh yang akan dikemaskini. Pada tahun sebelum ini pada 6 hingga 10 November 2023 bagi calon WP Labuan, Sabah, Sarawak dan 9 hingga 16 November 2023 bagi calon semenanjung melalui laman semakan sekolah khusus KPM : spskt4.moe.gov.my

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi laman Facebook Rasmi MTD (Maktab Tentera Diraja) dan laman web rasmi MTD iaitu seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan

Tambang / kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon. Manakala keperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD

Tawaran Kemasukan

Semakan mereka yang berjaya menerima tawaran boleh disemak pada 13 Januari 2025. Surat tawaran kepada calon yang berjaya akan dihantar melalui emel bermula 13 Januari 2025. Calon dikehendaki diingatkan untuk menyemak emel di inbox/ junk/ spam folder.

Calon-calon yang lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal DIKIRA BERJAYA apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan (sebenar) PT3 tahun 2020 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD

Surat tawaran kemasukan (Berjaya / Gagal) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan menerusi Facebook dan laman web rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
Keputusan berjaya atau gagal dijangka boleh diketahui pada penghujung bulan Disember 2020 

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian di Maktab sepanjang sesi 2025 yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis akan diberikan secara PERCUMA di bawah pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Walau bagaimanapun, Putera MTD dikehendaki membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan

Elaun Putera

  • Putera MTD akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM100 sepanjang tempoh pengajian

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Promosi dan pengambilan di:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.