Harga Minyak Bulan Disember 2024 Petrol RON95 RON97 Diesel

Harga minyak Petrol Diesel mingguan dan dunia di stesen minyak Petronas, Petron, Shell, Caltex dan BHP 19 Disember Hingga 25 Disember 2024 (bulan 12) naik turun kekal [Petrol Diesel Price Malaysia]

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Harapan yang terdahulu telah memperkenalkan langkah penstabilan harga minyak bagi mengawal harga jualan bahan api petrol dan diesel. Selaras dengan manifesto mereka, subsidi bagi harga minyak Petrol RON95 dan Diesel telah diperkenalkan bagi memansuhkan mekanisme pengapungan harga berdasarkan harga pasaran dunia untuk dua produk petroleum yang menjadi kegunaan harian rakyat marhaen dan masih dikekalkan dengan pentadbiran kerajaan terkini.

Memandangkan harga petroleum pasaran dunia menunjukkan trend yang kian menurun, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan melalui sidang media pada 24 Disember 2018 bahawa harga minyak akan diapungkan semula mengikut harga pasaran dunia secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,

Kerajaan terdahulu pernah melaksanakan kaedah yang sama bermula 29 Mac 2017 berdasarkan penetapan harga runcit minyak yang diproses selari harga minyak mentah dunia. Seterusnya bermula 7 Jun 2018, ianya digantikan dengan Mekanisme Harga Automatik (APM) iaitu semua harga jualan runcit produk petroleum akan ditetapkan selaras dengan pemberian subsidi kecuali petrol RON97 yang akan mengikut harga pasaran minyak dunia semasa.

Pengenalan semula mekanisme pengapungan harga secara mingguan ini dilakukan bagi membolehkan pengguna khususnya rakyat yang memerlukan untuk menikmati dengan lebih cepat perubahan harga petroleum mengikut harga pasaran dunia. Sekiranya harga pasaran dunia menurun setiap minggu, maka harga minyak runcit RON95, RON97 dan Petrol akan turut diturunkan berkuat kuasa tengah malam. Dapatkan maklumat lanjut Faktor Kenaikan Serta Penurunan Harga Minyak Petrol dan Diesel.

Namun begitu sekiranya harga minyak dunia meningkat, harga petroleum akan dihadkan dan dikawal kepada RM2.20 seliter bagi RON95 dan juga RM2.18 bagi Diesel sehingga pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar dijalankan pada 2019. Ini bagi memastikan ianya selaras dengan manifesto PH dalam PRU-14 iaitu meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya golongan B40. Namun apabila kerajaan diambil alih, subsidi pertrol bersasar tidak diteruskan sehingga dimaklumkan.

Susulan pengumuman rasmi di laman Facebook rasmi KPDNHEP itu, harga jualan runcit petroleum iaitu harga runcit diesel dan petrol akan disemak secara berkala setiap minggu bermula 1 Januari 2019. Berikut adalah harga runcit petrol Diesel, RON 95, RON 97 yang berkuatkuasa tengah malam setiap hari Khamis.

Kemaskini: Penyasaran Subsidi Diesel 2024

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan ini bermula pada 10 Jun 2024 selaras dengan pemberian Budi Madani kepada mereka yang berkelayakan untuk mendapat bantuan tunai. Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masih dilaksanakan bagi sektor-sektor yang layak dan Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kemaskini: Penangguhan Program Subsidi Petrol (PSP) 

Menurut kenyataan Menteri KPDNHEP telah mengumumkan pada 30 Disember 2019 bahawa PSP serta pengapungan harga RON95 akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diumumkan kelak

Ini berikutan memberi ruang kepada pendaftaran penerima dari golongan M40 yang akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan

Terdahulu diumumkan, sebaik sahaja PSP dilaksanakan dijangka bermula Januari 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak satu sen seliter setiap minggu sehingga mencapai harga semasa pasaran

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak mendapat bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) boleh membuat semakan kelayakan melalui pautan berikut:

Harga Minyak Terkini Bulan Disember 2024

HARGA MINYAK MINGGUAN | DISEMBER 2024
Tempoh Latest Price RON95RON95 Latest Price RON97RON97 Latest Price DIESELDIESEL
5 – 11 Dis rm 2.05 rm 3.19 rm 2.95 (rm2.15)
12 – 18 Dis rm 2.05 rm 3.19 rm 2.95 (rm2.15)
betul 19 – 25 Dis
rm 2.05
rm 3.22
2.95 (rm2.15)
26 Dis – 1 Jan rm rm rm – 
Pengemaskinian terkini harga minyak mingguan dibuat pada setiap hari Rabu petang. () dalam kurungan adalah harga bersubsidi untuk bahan api diesel.
bahan api HARGA MINYAK 19 DISEMBER – 25 DISEMBER 2024 (RM | PER LITER)

RON95

Ringgit Malaysia2.05
harga sama0.00 sen
Perbandingan harga
12 – 18 Dis 2024
RM 2.05

RON97

Ringgit Malaysia3.22
0.03 sen
Perbandingan harga
12 – 18 Dis 2024
RM 3.19

DIESEL

Ringgit Malaysia2.95
harga sama0.00 sen
Perbandingan harga
12 – 18 Dis 2024
RM 2.95
Harga bagi seliter Petrol (RON95 | RON97) dan Diesel dalam jadual di atas, berkuat kuasa (efektif) selama seminggu bermula jam 12:01 awal pagi, Rabu 19 Disember 2024 hingga tarikh 25 Disember 2024, jam 11:59 malam

Pemilihan Jenis Minyak: RON95 Atau RON97

Dengan harga minyak yang kini telah menjadi lebih mampu milik ni, pastinya ramai yang ingin mencuba menggunakan RON97 dengan alasan lebih jimat atau ‘cuci enjin’. Jom kita tengok betul ke andaian korang atau hanya sekadar mitos

Harga minyak mentah dunia selari dengan harga minyak diproses pada masa kini telah dilaporkan mengalami penurunan drastik kepada lingkungan harga AS$30 setong. 

Penurunan ketara harga minyak yang diproses melebihi 30% ini adalah susulan kegagalan pengeluar minyak dunia untuk mencapai kata putus dalam pemotongan pengeluaran minyak sekaligus mendorong kepada perang harga minyak antara Arab Saudi dan Russia

Ditambah dengan permintaan yang semakin berkurang kerana wabak Covid-19, harga minyak dijangka turun dan akan berada paras harga purata AS$35 setong.

Kesan Penurunan Harga Minyak Dunia

Positif

  • Berdasarkan laporan MIDF Research, pengguna dijangka dapat merasai harga runcit minyak RON95 yang rendah pada harga RM 1.32 seliter
  • Dengan harga minyak yang rendah ini, kadar inflasi akan dapat dikawal

Negatif

  • Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak akan mengalami penurunan hasil pendapatan berikutan dipengaruhi oleh perubahan harga minyak dunia yang rendah
  • Belanjawan 2020 yang dirangka pada tahun lalu telah mengambil kira andaian harga minyak dunia berada pada AS$62 setong
  • Perbezaan yang besar antara harga andaian dan harga baharu iaitu harga semasa ini akan memberi tekanan kapasiti fiskal Malaysia
  • Hasil pendapatan Malaysia yang berkurangan ini dijangka akan memberi impak kepada ekonomi yang sedang berada dalam tekanan berikutan wabak Covid-19
  • Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.