Info Malaysia Vs Vietnam Sukan SEA 2025 (Live Streaming)

Info Malaysia Vs Vietnam Sukan SEA 2025 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra artikel & info siaran langsung Malaysia Vs Vietnam 11 Disember 2025 SEA Games.

Aksi terakhir peringkat kumpulan saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025, skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kini bersedia menghadapi tekanan mahupun sebarang cabaran yang bakal diterima. Perlawanan Malaysia menentang Vietnam merupakan pertembungan penentuan nasib pasukan negara untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Pasukan Malaysia harus memberikan fokus maksimum, memperkemaskan segala aspek persiapan termasuk aspek pertahanan dan kekuatan fizikal untuk memastikan peluang mara ke separuh akhir tidak terlepas.

Malaysia Vs Vietnam Prestasi Semasa

Setakat ini, Malaysia dan Vietnam berkongsi tiga mata selepas mengharungi dua aksi kumpulan B dengan perbezaan gol menjadi penentu kedudukan. Laos berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata, menjadikan perlawanan terakhir ini amat penting buat Malaysia dan Vietnam.

Jika seri cukup untuk memastikan Malaysia mara sebagai juara kumpulan, namun pasukan negara tetap menyasarkan kemenangan untuk menambah keyakinan dan menebus kembali maruah selepas kekalahan pada edisi terdahulu.

Cabaran Malaysia Terhadap Vietnam

Mengakui kehebatan Vietnam sebagai pasukan pilihan utama kumpulan B, mereka memiliki kelebihan fizikal dan taktikal yang cukup ketara. Edisi 2019 dan 2021 memperlihatkan Vietnam sebagai pemenang pingat emas, menonjolkan keupayaan mereka dalam aspek fizikal dan permainan berdisiplin tinggi.

Kelebihan tersebut menjadikan mereka pasukan yang sukar untuk ditewaskan dan Malaysia perlu mengatasi cabaran ini dengan memanfaatkan aspek kepantasan dan strategi corak permainan yang terbaik. Kepantasan pemain Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menyaingi tempo permainan Vietnam yang cenderung mengutamakan kekuatan fizikal dan serangan balas pantas.

Siaran Langsung Malaysia Vs Vietnam 11 Disember 2025

Perlawanan terakhir kumpulan B temasya Sukan SEA Thailand membabitkan Malaysia menentang Vietnam berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada hari Khamis, 11 Disember 2025 bermula jam 5 petang waktu Malaysia akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (801), TV Okey dan Sukan RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian Malaysia Lwn Vietnam Sukan SEA 2025

Penyokong skuad Harimau Muda turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi SEA Games 2025 RTMKlik, AstroGO dan Sooka.

  • Perlawanan Ke-3 Kumpulan B SEA Games 2025: Malaysia Vs Vietnam.
  • Tarikh: 11 Disember 2025 (Khamis).
  • Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand.
  • Sepak Mula: 5 petang (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena (801) dan Sukan RTM, TV Okey.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka, AstroGO & RTM TV Okey.

Keputusan Malaysia Vs Vietnam

PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia02Vietnam
Penjaring GolPenjaring Gol
Nguyen Hieu Minh 11′
Pham Minh Phuc 22′

Carta Kedudukan Kumpulan B

Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Vietnam220041+36
2Malaysia210143+13
3Laos200226-40

Kongsi Artikel