Harga Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal 2024 Terkini

Berikut adalah harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori kelas lesen motosikal atau kereta pada tahun ini (2024) berdasarkan struktur kadar harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu

Individu yang sudah mencapai umur 16 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc

Manakala bagi individu yang mahu mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual hendaklah mencapai umur 17 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas

Sementara, individu yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas

Harga Terkini Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal Tahun 2024

Berikut adalah harga lesen memandu terkini kereta atau motosikal berdasarkan tahun 2024.

Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta adalah masih berbeza mengikut Institut Memandu di setiap negeri

Disebabkan perbezaan harga yang ditawarkan oleh Institut Memandu, MYsumber tidak dapat memberikan maklumat harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta secara tepat

Bagaimanapun, maklumat harga anggaran dapat disertakan berdasarkan tinjauan (survey) yang telah dibuat

Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta

  • Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc : B2
  • Lesen Motosikal Melebihi 500 cc : B
  • Lesen Kereta Transmisi Manual : D
  • Lesen Kereta Transmisi Automatik : DA

Anggaran Kadar Bayaran Yuran Ambil Lesen Kereta Atau Motosikal

Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas

Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM450 (lesen motosikal B2), RM1,100 (lesen motosikal B), RM1,300 (lesen kereta D) dan RM1,500 (lesen kereta DA)

Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya

Kebanyakan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri

Anggaran Kadar Harga Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan

  1. Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc (B2) : RM350 hingga RM450
  2. Lesen Motosikal Melebihi 500 cc (B) : RM900 hingga RM1,100
  3. Lesen Kereta Transmisi Manual (D) : RM1,150 hingga RM1,300
  4. Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) : RM1,250 hingga RM1,500

*Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana ia turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh setiap Institut Memandu

Related : lesen belajar memandu, memandu wajib, termasuk kereta, layak untuk mengambil, mengambil lesen memandu, sekolah memandu, masa yang diberi adalah 8 jam, untuk ke ujian praktikal, calon yang telah lulus, 6 jam, lesen memandu kali pertama, calon yang lulus ujian, calon diwajibkan membuat bayaran, cara daftar lesen memandu, b full lebih 500 cc, b2 tidak lebih 250 cc rm350 hingga rm450, latihan ujian, harga lesen memandu 2022, 500 cc rm900, pusat latihan memandu, cc rm900 hingga rm1100, automatik da rm1250 hingga rm1500, lesen belajar memandu ldl, mengambil lesen memandu, jabatan pengangkutan jalan jpj, kereta manual d rm1150 hingga rm1300, harga lesen memandu 2023, lesen memandu kereta manual, b full lebih 500 cc rm900 hingga rm1100, b2 tidak lebih 500 cc rm900 hingga rm1100,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.