Tanda dan tarikh malam Lailatul Qadar 2024 di Malaysia

Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu

Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T

Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan

Tanda Dan Alamat Malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W di antaranya firman Allah SWT

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Ayat di atas iaitu ayat satu hingga tiga dalam Surah al-Qadr, ALLAH menyebut Lailatulqadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun

Ianya  membawa maksud, sesiapa sahaja yang beribadah pada malam tersebut, mereka akan memiliki pahala beribadah selama 1,000 bulan atau 83 tahun. Malahan ianya lebih baik lagi daripada 1,000 bulan

“Andaikan kita bertarawih pada 10 malam terakhir bulan Ramadan dan malam tersebut adalah Lailatulqadar, ianya seumpama kita bertarawih selama 83 tahun tanpa henti”

Tanda Malam Lailatul Qadar

Ada beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut:

a. Malam berkenaan terang dan nyaman serta tidak panas pada paginya

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : “Sesungguhnya malam berkenaan bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam itu dan tidak terlalu panas serta tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya sehingga ke waktu pagi. [Umdah al-Qari 11/134]

b. Matahari terbit pada paginya tidak terang dan tidak panas

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. [Umdah al-Qari 11/134]
  • Daripada Ubai Bin Kaab R.A menyatakan daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
  • Berdasarkan riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” [Umdah al-Qari 11/134]

Tarikh Malam Lailatul Qadar 2024M/ 1445H (10 Malam Terakhir Ramadhan)

Berdasarkan takwim miladiah 2024/1445 Hijrah yang diterbitkan oleh JAKIM, Tarikh malam 10 terakhir bulan Ramadhan bagi tahun 2024M/ 1445H adalah

  • 30 Mac hingga 9 April 2024

Berikut adalah infografik untuk rujukan

Doa Malam Lailatul Qadar

Dianjurkan membaca doa ini pada 10 malam terakhir ramadhan:

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah aku”

Amalan Malam Lailatul Qadar

Amalan yang disarankan dilakukan apabila seseorang individu terpilih oleh ALLAH SWT bertemu dengan malam Lailatulqadar :-

a. Iktikaf – Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf 10 hari terakhir Ramadhan sehingga Baginda wafat

b. Qiamullail iaitu bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah

  1. Apabila Rasulullah SAW ditanya oleh ‘Aisyah RA apakah amalan yang patut dilakukan jika bertemu  dengan malam lailatul qadar ? Baginda SAW menyarankan supaya perbanyakkan doa mohon keampunan, dikurniakan syurga dan dijauhkan azab neraka
  2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:”Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
  3. Rasulullah SAW bersabda: “Carilah ia dalam sepuluh terakhir dan jika salah satu orang dari kamu adalah terlalu lemah atau tidak dapat beribadat, maka hendaklah dia tidak membenarkan dirinya daripada terlepas tujuh malam terakhir. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  4. Selain itu, kita digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri

c. Membaca Al-Quran – Para sahabat biasa mengkhatamkan Al-Qiran sehari semalam, antaranya Usman bin Affan, Tamim, Said dan Zubair selama Ramadhan

d. Solat – di antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tasbih dan sebagainya

e. Bersedekah dengan penuh keikhlasan

Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila atau masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya

Tips Berdoa Qiamulail Lailatul Qadar

Bahagian 1 – Pengampunan Dosa

1. Minta ampun keatas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun keatas dosa ibu bapa
3. Minta ampun keatas dosa pasangan
4. Minta ampun keatas dosa anak-anak
5. Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun keatas dosa guru / ustaz / ustazah
7. Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan

1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita

Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian

1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah

Bahagian 4 – Alam Barzakh

1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang-lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga

Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar

1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yang terpuji)
3. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
4. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
5. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
6. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab-kitab amal
7. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
8. Tutup dan lindungilah aib-aibku, dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
9. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
10. Masukkan aku di dalam golongan yg masuk syurga tanpa hisab

Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat

1. Permudahkanlah aku milintasi titian sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat

Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah

1. Ya Allah, kurniakan aku Syurga Firdaus
2. Bangkitkan aku bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus
3. Berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka

Hadith Perbanyakkan Ibadah Di Malam Lailatul Qadar

Berikut adalah bagaimana Rasulullah SAW dan salaf as-soleh beribadat:

  • Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri isterinya)” [Riwayat Muslim: 2015]

  • Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” [Riwayat Ahmad]

  • Imam Sufyan al-Thauri Rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 160).

Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Bagaimanapun, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir, berdoa, memohon keampunan dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.