Semakan Keputusan STPM 2024 Semester 2 Online dan SMS

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal (P2) atau Semester 2 bagi tahun 2024 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula tarikh yang dikongsikan di bawah.

Sebagai makluman, terdapat dua kaedah semakan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada calon iaitu semakan secara atas talian (Online) ataupun sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mengetahui keputusan Semester 2 (S2) STPM 2024

Semakan Keputusan (Result) Semester 2 (S2) STPM 2024 Secara Online Dan SMS

Berikut MYsumber sertakan maklumat penting berhubung dengan semakan keputusan peperiksaan Penggal/ Semester 2 STPM bagi tahun 2024

Tarikh Pengumuman Keputusan Dan Semakan

  • Semakan Dibuka : 15 Oktober 2024
  • Semakan Ditutup : 20 Oktober 2024

Semakan Secara Online

Sistem aplikasi semakan bagi keputusan Semester 2 STPM 2024 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana telah ditetapkan

  1. Sila masukkan / lengkapkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan tersebut
  2. Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server. Calon dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Semakan Secara SMS

Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

  • Taip : STPM (jarak) RESULTS2 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
  • Contoh : STPM RESULTS2 980224136414 Dan Hantar Ke 15888

semakan-keputusan-stpm-semester-2-2024

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.