Calon lepasan SPM / Setaraf yang telah mengemukakan permohonan E-Rayuan UPU Online kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian sesi akademik 2024 /2025
Keputusan dan pemilihan bagi calon berjaya dalam permohonan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu
Terdahulu, sistem aplikasi permohonan rayuan UPU online telah dibuka pada 28 Jun 2024 kepada capaian pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran tempat di Universiti Awam (UA) Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian Sesi Akademik 2024 /2025
Semakan Keputusan e-Rayuan UPU Online 2024-2025 Lepasan SPM/ Setaraf
Calon yang terbabit atau telah membuat permohonan E-Rayuan UPU Online boleh mendapatkan maklumat tarikh hebahan dan pautan sistem aplikasi semakan menerusi ruangan yang disertakan seperti berikut
Tarikh Semakan Status Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/ Setaraf
- Semakan Dibuka : 6 Ogos 2024 (12 tengah hari), Tahun lepas : 7 Ogos 2023 (12 tengah hari)
- Semakan Ditutup : 15 Ogos 2024 (5 petang), Tahun lepas : 11 Ogos 2023 (5 petang)
- Tempoh setuju terima tawaran : 7 hingga 15 Ogos 2024, Tahun lepas : 8 hingga 11 Ogos 2023 (5 hari)
Tarikh semakan dibuka / ditutup RASMI seperti dmaklumkan oleh Facebook Rasmi UPU – Kemasukan BPKP JPT
Semakan Status Hebahan Kedua Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2023/2024
- Semakan Dibuka : akan dikemaskini (tahun 2020: 14 Julai 2020) (Jam 12 Tengah hari)
- Semakan Ditutup : –
Tarikh semakan dibuka / ditutup RASMI seperti dmaklumkan oleh Facebook Rasmi UPU – Kemasukan BPKP JPT
Laman Web UPU
Sistem Aplikasi Semakan Secara Online
Pemohon boleh membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran mengikut Wilayah/ Zon semakan UPUonline seperti di bawah bagi keputusan status permohonan rayuan Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier sahaja
Sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan / dibuka bermula pada tarikh dan masa hebahan seperti dinyatakan
- Saluran Selatan (https://jpt.utm.my/)
- Saluran Utara (http://jpt.uum.edu.my/)
- Saluran Sarawak (https://jpt.unimas.my)
- Saluran Sabah (http://jpt.ums.edu.my)
- Saluran Timur (http://jpt.umt.edu.my/upu/)
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, pemohon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Semakan Secara SMS
UA / Politeknik Premier
Tiada semakan secara SMS disediakan. Semakan boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket
Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888
Pengesahan / Cetakan Surat Tawaran
Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut IPTA yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat.
Semakan Status Permohonan e-Rayuan Program Sijil dan Diploma Politeknik Konvensional/ METrO / Kolej Komuniti & ILKA
- Semakan Dibuka : akan dikemaskini (tahun 2020: 25 Jun 2020) (6 petang)
- Semakan Ditutup : –
Tarikh semakan dibuka / ditutup masih tertakluk kepada perubahan atau pindaan
Sistem Aplikasi Semakan Secara Online
Semakan Secara SMS
Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)
Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888