Kelonggaran SOP Individu Lengkap Vaksin Mulai 10 Ogos 2021

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara malah satu dunia, banyak sekatan telah pun dijalankan termasuklah larangan merentas negeri, larangan makan di kedai dan sebagainya. Sekatan ini dibuat bagi mengelakkan penularan wabak berlaku dengan lebih meluas. Namun dengan kes yang masih tinggi ini, masih tidak nampak bahawa kerajaan akan membuka sekatan. Terkini yang diumumkan adalah kelonggaran SOP bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin

Pada 24 Julai 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu temu bual bersama pihak media berkata bahawa beliau akan membuat pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk rakyat Malaysia yang telah mengambil dua dos suntikan vaksin dalam beberapa hari lagi. Pastinya seluruh rakyat Malaysia menantikan berita baik ini

Menurut beliau juga, kerajaan masih dalam proses memuktamadkan perkara ini dan akan diumumkan sebagai satu pakej penuh iaitu termasuklah dari aspek sosial, sukan, serta aktiviti makan dine-in di restoran. Kelonggaran yang diberikan termasuklah SOP rentas sempadan terutamanya melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atau terpisah

Keputusan ini selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutamanya bagi kawasan Lembah Klang. Menurutnya juga kerajaan tegas dengan keputusan bahawa Pelan Pemulihan Negara yang telah menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan sehingga keadaan negara kembali pulih

Kelonggaran SOP Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Bermula 10 Ogos 2021

Keputusan untuk melonggarkan SOP bagi individu yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin akan diumumkan oleh kerajaan melalui sidang khas tidak lama lagi. Berita terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan.

Tarikh Kelonggaran SOP

  • Berkuatkuasa mulai 10 Ogos 2021 (Selasa)

Kriteria Lengkap Vaksin

Individu yang menepati kriteria mendapat vaksin yang lengkap adalah:

Bagi Vaksin jenis 2 Dos suntikan (Pfizer, Astrazaneca, Sinovac) : Mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan
Bagi Vaksin jenis 1 dos suntikan (Johnson & Johnson dan Cansino) : Mesti melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan

Jenis Kelonggaran

Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri pada 8 Ogos 2021, jenis kelonggaran yang disediakan adalah seperti berikut:

i. Terpakai Ke Atas Semua Fasa PPN (Seluruh Malaysia):

  1. Kuarantin wajib di rumah bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia My Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara
  2. Rentas daerah/negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh
  3. Rentas daerah/negeri untuk ibu bapa jumpa anak bawah umur 18 tahun
  4. Aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau serta bagi penganut bukan Islam untuk hadir ke rumah ibadat mereka.

ii. . Terpakai Di Negeri-negeri Dalam Fasa 2 Dan Seterusnya:

a. Rentas daerah dibenarkan

  • MESTI menunjukkan kepada petugas di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi COVID-19 di MySejahtera

b. Aktiviti dine-in dibenarkan

  • MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 di MySejahtera
  • Dinasihatkan apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama. Orang ramai juga dinasihatkan bungkus take-away
  • Bagi pasangan yang telah menerima vaksin lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in, pastikan anak-anak mematuhi SOP yang ketat

c. Aktiviti sukan & riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan

  • Mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka
  • Bermula jam 6 pagi hingga 10 malam
  • Dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan
  • MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 di MySejahtera
  • Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan
  • Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran serta seumpamanya.

d. Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel

  • MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 di MySejahtera

Infografik kemudahan adalah seperti berikut:



Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah merujuk lawan web rasmi Majlis Keselamatan Negara seperti pautan di bawah. Setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan akan dimuatnaik di laman tersebut.

Related : lengkap dua dos vaksin covid-19, beliau berkata perkara, melengkapkan dua dos suntikan vaksin covid-19, rentas daerah, kelonggaran terhadap individu, menerima dua dos, kuala lumpur, perdana menteri tan sri muhyiddin yassin berkata, diumumkan tidak lama lagi katanya, penerima lengkap,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.