Koleksi kad ucapan selamat Hari Guru dan cara sambutan

Kenapa perlu meraikan hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid

Sambutan Hari Guru di Malaysia yang diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu di atas jasa dan bakti mereka

Sambutan Hari Guru adalah sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan murid sebagai manifestasi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik anak bangsanya

Sehubungan dengan itu, guru perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir sekolah serta kerajaan

Tips Cara Sambutan hari Guru Dan koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Guru Buatan Tangan/ Sendiri

Berikut adalah beberapa tips mengenai cara sambutan Hari Guru serta contoh koleksi kad ucapan Hari Guru yang boleh menjadi inspirasi dan cetusan idea kepada pelajar yang mahu membuat kad ucapan dengan tangan sendiri untuk diberikan kepada guru masing-masing

Sambutan Hari Guru 16 Mei Di Malaysia

  • Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah
  • Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG
  • Ada juga acara, dimana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi sambutan berkenaan
  • Dalam majlis sambutan Hari Guru, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pendidikan. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara
  • Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Acara Persembahan Hari Guru

  • Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara yang menghiburkan semua
  • Turut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan
  • Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. Persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar

Koleksi Terkini Kad Ucapan Hari Guru Buatan Sendiri

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.