JPA Gaji Baru – Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Disember 2024

Kakitangan awam atau penjawat awam akan menikmati kenaikan satu gaji tahunan berkuat kuasa Disember 2024 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Rabu – 1 Mei 2024

Pemberian kenaikan gaji menurut PM adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam seramai 2 juta sebagai kawan setia kerajaan. Kenaikan gaji akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM10 bilion

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga tidak melupakan penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang akan mendapat manfaat daripada penyelarasan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia yang akan dibentang dan dipinda pada sidang Parlimen akan datang

Terkini pada 16 Ogos 2024 dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) di PICC Putrajaya, Perdana menteri telah mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional manakala 7 peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi

Intipati Amanat PM Pada Hari Pekerja 2024 – Kenaikan Gaji Penjawat Awam 1 Disember 2024

TERKINI: Pelarasan Gaji Awam Naik Sebanyak :

15% : Pelaksana, Pengurusan & Profesional
7% : Kumpulan Pengurusan Tertingg

Intipati Amanat PM Pada MAPPA Kali Ke 19

Berikut dikongsikan maklumat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perkhidmatan Awam yang ke 19

1. Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional

2. Pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi

3. Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2

4. Pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember 2024 manakala fasa dua pada 1 Januari

5. Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus

6. Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus

7. Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat boleh guna akan jauh kurang

8. Pelarasan gaji penjawat awam turun melibatkan pencen pesara kerajaan

Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk pada infografik yang dikongsikan semasa Majlis Amanat Perkhidmatan Awam yang ke 19

Intipati Ucapan PM Pada Hari Pekerja 2024

Di bawah adalah intipati ucapan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Sambutan Hari Pekerja 2024

1. Gaji pejawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara mulai 1 Disember 2024

2. Jumlah pendapatan minimun penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap akan dinaikkan melebihi RM2,00.00 berbanding RM1,795.00

3. Kerajaan negeri Sabah dan Sarwak setuju untuk meminda Ordinan Buruh selasa dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia. Rang undang-undang pindaan akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk pada infografik yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan seperti berikut:

Intipati Amanat PM Pada MAPPA Kali Ke 18

Berikut dikongsikan maklumat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Majlis Amanat Perkhidmatan Awam yang ke 18

1. Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari

2. Tambahan kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 Hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

3. Perluasan tafsiran ahli keluarga demi kemudahan Cuti Tanpa Rekod untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat

4. Penambahbaikan pemberian gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum

5. Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023

6. Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023, semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan mendapat RM700 dan RM350 bagi pesara kejayaan dan veteran tidak berpencen pada Januari 2023

Maklumat yang lebih lanjut mengenai kenaikan gaji penjawat awam tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa, berikut dikongsikan ucapan penuh Perdana Menteri di MAPPA ke -18 yang berlangsung pada 30 Ogos 2022 :

Intipati MAPPA Kali Ke 16

1. GAJI – Pemberian kenaikan gaji menurut PM adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.46 bilion

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018”

2. PENCEN – Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one – off. Faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion.

3. GRED DG56 – Penubuhan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama

4. KENAIKAN PANGKAT – Memendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat

5. PERUBATAN – Memanjangkan atau meluaskan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai

6. CUTI : Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam. Dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan

7. AKTIVITI PESARA – Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan

8. KEBAJIKAN PESARA – Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia

9. CUEPACS – Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sekurang-kurangnya RM3 juta setahun
Untuk paparan yang jelas manfaat dan faedah yang bakal dinikmati oleh kakitangan awam, rujuk Grafik berikut :-

Berita Gembira Buat Penjawat Awam – 2018

Status Terkini Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Di Bawah Kerajaan Baharu Pakatan Harapan


TAHUN 2016

Maklumat Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia tahun 2016 adalah seperti berikut:-

JPA Gaji Baru – Kenaikan Gaji Penjawat Awam 1 Julai 2016

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia turut menyatakan bahawa Gred 17 dan Gred 27 diseragamkan atau dinaikkan kepada Gred 19 dan 29

Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Gred 27 kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma

Kakitangan awam yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19

Bagi penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29

Skim saraan baharu berkenaan juga memperlihatkan 252 skim perkhidmatan awam sedia ada di naik taraf

Secara umumnya, di bawah skim baru, mereka yang mempunyai sijil politeknik akan diiktiraf setanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan Diploma atau STPM berbanding sebelum ini, mereka yang mempunyai sijil politeknik diletakkan pada tahap yang sama dengan lepasan SPM

Penjawat awam juga diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai 2016

Penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan

Langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan perkhidmatan tersebut mempunyai tenaga kerja yang kompeten selain mampu membantu merealisasikan visi dan agenda negara selaras dengan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat

Maklumat lengkap, sila rujuk kepada

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.