Cara Claim Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 30 April 2021

Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat khususnya ketika penularan wabak COVID-19. Pelbagai bantuan telah diumumkan bagi meringankan beban rakyat seperti Bantuan Prihatin Nasional, kredit RM50 e-Penjana serta internet percuma 1GB. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang bekerja di rumah manakala aktiviti sekolah anak-anak pula kebanyakannya menggunakan persidangan video dan penggunaan internet

Pastinya ramai rakyat menyambut berita ini dengan gembira kerana tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli data internet. Para ibu bapa tidak perlu risau apabila anak-anak perlu bersidang video bersama guru sekolah. Yang bekerja di rumah juga boleh melakukan kerja dengan menggunakan data internet percuma 1 gigabyte (GB) daripada kerajaan

Pemberian internet percuma ini adalah kepada semua telco sama ada prabayar atau pascabayar. Ianya diberikan setiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tarikh pemberian pula telah diberikan sejak bermulanya PKP dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 iaitu pada hujung tahun ini

Seperti diketahui terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, semua syarikat tersebut terlibat dalam pemberian internet percuma 1gb ini. Apa yang berbeza adalah cara tebus atau claim data percuma ini bagi setiap syarikat telekomunikasi. Ada yang diberikan secara automatik dan ada yang perlu mengikut prosedur untuk mendapatkannya

Cara Claim Data 1gb Internet Percuma Pascabayar & Prabayar

Berikut disediakan cara untuk tebus data internet percuma 1GB bagi pascabayar dan juga prabayar bagi beberapa syarikat telekomunikasi. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

U Mobile

Pascabayar & Prabayar : Daftar Sekali Sahaja & Automatik Terima Setiap Hari

Bagi pelanggan U Mobile, data percuma akan akan diberikan secara automatik dan tidak perlu dimohon setiap hari. Namun pelanggan perlu menebus sekali sahaja dengan mendail:

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

Walau bagaimanapun ia terhad kepada pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja. Bagi pelanggan WeChat Go, anda tidak layak menerima data percuma daripada kerajaan ini

Celcom, XPAX & YOODO

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi (Tebusan Bulanan) 

Terkini, tebusan bulanan diperlukan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life

Sebelum ini, bagi pelanggan Celcom iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS

Maxis & Hotlink

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon (Perlu ditebus setiap hari)

Untuk pelanggan Maxis dan Hotlink pula, anda boleh menebus data internet 1GB percuma menerusi aplikasi rasmi Maxis/ Hotlink

  • Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Selain itu, boleh juga tebus  1GB percuma dengan menelefon *100# bagi Maxis atau *868# bagi Hotlink

Digi

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon

Bagi pelanggan Digi, anda boleh menebus data 1GB percuma menerusi aplikasi MyDigi. Penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data percuma akan diberikan setiap hari.

  • Pascabayar: penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi>Rewards
  • Prabayar : penebusan boleh dibuat dengan mendial *128#

Tunetalk

Pascabayar & Prabayar : Daftar Sekali Sahaja & Automatik Terima Setiap Hari

Untuk pelanggan Tunetalk, penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data internet percuma akan diterima setiap hari

  • Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
  • SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
  • Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya

Unifi Mobile

Pascabayar & Prabayar : Automatik

Bagi pelanggan Unifi mobile, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.

Bagi langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini

Onexox

Pascabayar & Prabayar : Menerusi Aplikasi / Telefon

Bagi pelanggan ONEXOX, pemberian data 1GB boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#

Sebarang maklumat tambahan akan dikemasikini dari semasa ke semasa. Pemberian internet 1GB adalah tertakluk pada syarat syarikat telekomunikasi masing-masing.

Aplikasi Tidak Boleh Digunakan bagi Data 1GB Percuma

Berbeza dengan data internet percuma 1GB yang diberikan ketika tempoh PKP sebelum ini, untuk pelan yang terkini diumumkan kerajaan, data internet percuma dihadkan kepada aplikasi pembelajaran dan produktiviti sahaja. Ini bermaksud ianya tidak boleh digunakan bagi aplikasi media sosial, penstriman video, dan permainan video (game).

Permainan Video Penstriman Muzik  Penstriman VideoMedia Sosial
Arena of ValorApple Music  BigoBigo
Call of DutyJoox DailyMotion Facebook
Free FireShazam  FB Live Instagram
King of DutySmule  IGTV Snapchat
Lagend of RuneterraSound Cloud Joox  Telegram
Life AfterSpotify   Netflix Tiktok
Lords MobileSYOK TiktokTumblr
Mobile LagendsQQ Music   Viu Twitter
PUBG MobileWeSingYoutubeWeChat
Rise of KingdomsYoutube Music YYYY

Untuk panduan lanjut sila rujuk syarikat telekomunikasi masing-masing di aplikasi atau laman web rasmi mereka untuk penjelasan yang lebih terperinci

 

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.