Permohonan i-Citra KWSP & Semakan Pengeluaran Sehingga RM5,000

Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Susulan akibat pandemik covid-19 yang berlanjutan kerajaan pada 28 Jun 2021 telah mengumumkan pakej bantuan baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH. Antaranya adalah pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra

Apa itu i-Citra?

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini

Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra ini pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah

Permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi untuk membuat pengeluaran seperti pautan yang dikongsikan di bawah mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021

Permohonan i-Citra Pengeluaran KWSP & Semakan Status

TERKINI: Daftar i citra Diawalkan Mulai 12 Julai 2021

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai permohonan pengeluaran KWSP yang baharu diumumkan:

Kadar Pengeluaran

  • Maksimum RM5,000 
    *Tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 & Akaun 2
  • Akan dibayar untuk tempoh sehingga 5 bulan 
  • Dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (sekiranya ada)

Syarat Kelayakan

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
  3. Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak memohon namun tertakluk pada syarat kelayakan 1 & 2 seperti di atas
  4. Anggota Perkhidmatan Awam. *Berkemungkinan akan berdepan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak

Tarikh Permohonan

  • Dibuka: Mulai 15 Julai 2021  Diawalkan mulai 12 Julai 2021
  • Ditutup: 30 September 2021

Cara Mohon i-Citra

Langkah membuat permohonan :

1. Permohonan hanya secara online

  1. Layari Portal i-Citra : iCitra Online
  2. Isikan No. MyKad dan No. Telefon
  3. Tekan teruskan dan sahkan identiti dengan masukkan No. OTP atau Soalan Keselamatan
  4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan
    A. Skrin akan memaparkan jumlah maksium Amaun Pengeluaran
    B. Tetapkan Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk
  5. Tekan Teruskan
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan Teruskan
  7. Semak semua maklumat dan tandakan kotak sebelum tekan HANTAR. Selesai

NOTA: Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah memastikan nombor telefon bimbit telah dikemas kini bagi menerima TAC Code dan akaun bank peribadi aktif.

Semakan i-citra

Langkah untuk membuat semakan status permohonan seperti diumumkan KWSP adalah :

  1. Layari Portal Rasmi icitra
  2.  Masukkan No. IC dan No. Telefon
  3. Paparan keputusan Permohonan diterima akan ditunjukkan

Semakan tarikh bayaran boleh dibuat menerusi i-Akaun

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan Akaun 2 terlebih dahulu, sekiranya tidak cukup barulah menggunakan baki simpanan Akaun 1. Contoh adalah seperti berikut:

Pencarum KWSP boleh menyemak baki simpanan melalui 3 cara iaitu:

1. i Akaun (Ahli)

Rujuk panduan: Cara Daftar i-Akaun KWSP

2. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun

3. Kios KWSP (Termasuk kiosk di premis pihak ketiga)

Rujuk Panduan: Cara Semak Lokasi Kiosk KWSP 

Tarikh Bayaran

Menurut KWSP, bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai iaitu bulan pertama permohonan dibuka, pembayaran pertama akan bermula:

  • Ogos 2021

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Related : pemulihan ekonomi, mengeluarkan simpanan kwsp, layak untuk, i citra diperkenalkan, diperlukan untuk, kuala lumpur, untuk memastikan nombor telefon bimbit,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.