Harga Terkini Gula Pasir 1kg Di Pasaran Runcit Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan media bertarikh 27 Ogos 2018 telah mengumumkan bahawa harga gula pasir putih bertapis kasar kini ditetapkan pada harga RM2.85 sekilogram, turun sebanyak 10 sen berbanding RM2.95 sekilogram sebelum ini

Menurut KPDNKK dalam kenyataan tersebut,  Gula adalah barang kawalan yang di kawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalan snetiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal

Langkah penurunan harga ini adalah salah satu usaha Kerajaan Pakatan Harapan yang amat prihatin terhadap masalah kos sara hidup rakyat yang sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat. Sebagai rekod, kali terakhir harga jualan runcit gula bagi pasaran Malaysia dikemaskini adalah pada 1 Mac 2017

Punca Penurunan Harga Gula Pasir Putih Bertapis 1KG Di Pasaran Runcit Malaysia

Berikut adalah harga terkini gula pasir 1kg di pasaran runcit di Malaysia mengikut jenis serta perbandingan harga dengan sebelum ini.

Punca penurunan adalah disebabkan trend penurunan harga gula di pasaran antarabangsa

Harga Jualan Runcit Terkini Gula Di Pasaran Malaysia

Harga gula bertapis kasar 1KG :

  • RM2.85
  • – 10 sen
  • Perbandingan harga 1 Mac 2017 : RM2.95

Harga gula bertapis halus :

  • RM2.95
  • – 10 sen
  • Perbandingan harga 1 Mac 2017 : RM3.05

Kenyataan Media KPDNKK

Berikut adalah kenyataan media dari KPDNKK berkaitan penurunan Harga Kawalan Gula Bertapis

27 Ogos 2018

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.