Cara tebus eTunai eMADANI. Kerajaan Malaysia tidak ketinggalan dalam menongkah arus modenisasi dan terus berdiri seiring dengan negara maju lain. Dengan mengenalpasti bahawa teknologi digital adalah tonggak utama kemajuan zaman akan datang, pelbagai inisiatif telah diambil antaranya peralihan daripada siaran analog ke siaran siaran digital yang dikenali sebagai MYTV. Justeru, kerajaan telah mengumumkan pula program e-Tunai iaitu pemberian wang secara terus ke e-dompet (e-wallet) warga Malaysia yang layak
Pengenalan e-Tunai ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2020 yang lalu. Ianya bertujuan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet serta pembayaran secara digital dalam kalangan pengguna dan juga para pedagang tempatan terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Ini sekaligus dapat mengurangkan halangan akses kepada teknologi digital dan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara dengan masyarakat dan ekonomi digital yang maju
Khazanah Nasional Berhad telah dipilih untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif ini dengan kerjasama bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN) Ini bagi memastikan program dapat dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi pengguna. Justeru Khazanah bertanggungjawab dalam pemilihan pengendali perkhidmatan e-dompet iaitu platform yang telah sedia ada di Malaysia yang sesuai untuk digunapakai
Pemilihan perkhidmatan e-dompet dibuat berdasarkan jumlah pengguna aktif yang besar, jumlah pedagang yang banyak bagi memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna, kepakaran teknikal dan kekuatan struktur kewangan serta sumber manusia platform untuk menampung jumlah transaksi yang besar dalam masa singkat, dan juga e-dompet yang telah melabur secara signifikan dalam servis yang ditawarkan di Malaysia
Cara Daftar e-Wallet dan Tebus RM100 eTunai eMADANI Kredit Percuma Daripada Kerajaan
TERKINI : Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI iaitu e-kredit tunai RM100 secara one-off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
Ianya akan melibatkan empat aplikasi e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
Kenyataan Media adalah seperti berikut:
KEMASKINI : Bantuan e-wallet RM100 diumum 27 Julai lepas akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM100,000 pada bulan Disember 2023 ini – Timbalan Menteri Kewangan, (19 Oktober 2023)
KEMASKINI : e-Tunai Ekonomi Madani. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani bahawa kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Ianya akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
eMADANI
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk menebus kredit eMADANI beserta syarat kelayakan dan maklumat lain yang berkaitan:
Jumlah Kredit
- RM100
- Dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’
Tarikh Program eMADANI
Pendaftaran:
- Mulai: 4 Disember 2023 (8 pagi)
- Tamat: 20 Februari 2024
Penebusan:
- Mulai: 4 Disember 2023
- Tamat: 29 Februari 2024
Pengguna boleh menebus kredit e-dompet bermula tarikh di atas. Kredit tersebut hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sehingga 29 Februari 2024
Penggunaan kredit eMADANI terhad kepada transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit / perniagaan melalui dompet pilihan penerima, kecuali:
- Pemindahan ‘peer-to-peer’
- Penebusan tunai
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Bayarn fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (games) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
- Bayaran tempat letak kereta dan / atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
Syarat Kelayakan
Penerima mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Telah mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) pada 15 Julai 2023
Penerima juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan penerima sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Cara Menebus Kredit
Proses verifikasi untuk pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
- Muat turun salah satu aplikasi e-dompet ke telefon bimbit melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery seperti dikongsikan di bawah
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, sila ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
- Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Di aplikasi e-dompet pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan di paparan tuntutan eMADANI dan tekan ‘Hantar’
- Status tuntutan akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Nota: Penerima layak menuntut kredit eMADANI daripada 1 aplikasi sahaja. Sila rujuk pada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut penebusan kredit eMADANI
Soalan Lazim
Aplikasi eMADANI
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet (e-wallet) di bawah eBeliaRahmah:
1. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.tngdigital.com.my/
2. Setel
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.setel.com/
3. Shopeepay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://shopee.com.my/m/epemula
4. MAE
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : MAE by Maybank2U
Video Panduan
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa
eTunai Belia Rahmah 2023
KEMASKINI: eBELIARAHMAH boleh daftar dan tebus mulai 26 Jun 2023
- 8 pagi, 26 Jun 2023, Isnin
Terbuka untuk:
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa IPT
Menerusi:
- Boost
- Setel
- Touch ‘n Go eWallet
KEMASKINI: Kerajaan mengumumkan dalam Bajet 2023 inisiatif e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 seperti berikut:
eTunai (Belia) Rahmah
- Jumlah : RM 200
- Penerima:
i. Telah diperluaskan kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun - Tarikh Bayaran : bermula pada bulan Jun 2023
eBELIARAHMAH 2023
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan perincian mengenai pemberian kredit e-dompet untuk belia seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 yang dikenali sebagai eBELIARAHMAH di dalam Siaran Media seperti berikut:
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk menebus kredit ebelia rahmah beserta syarat kelayakan dan maklumat lain yang berkaitan:
Jumlah Kredit
- RM200
- Dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’
*Penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.
Tarikh Program eBeliaRahmah
Pendaftaran:
- Mulai: 26 Jun 2023
- Tamat: 22 Ogos 2023
Penebusan:
- Mulai: 26 Jun 2023
- Tamat: 31 Ogos 2023
Pengguna boleh menebus kredit e-dompet sebanyak bermula tarikh di atas. Kredit tersebut pula boleh dibelanjakan sehingga 31 Ogos 2023
Pengguna perlu membeli barangan/perkhidmatan yang tersedia melalui e-dompet pilihan sepanjang tempoh lebih kurang dua bulan tersebut sahaja. Ianya boleh dibelanjakan secara ‘offline’ mahupun di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran menerusi kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.
Syarat Kelayakan
Penerima mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Telah mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (iaitu lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) ATAU
- Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi IPT di Malaysia
Cara Menebus Kredit
- Muat turun salah satu aplikasi e-dompet ke telefon bimbit seperti dikongsikan di bawah
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, sila ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Di aplikasi e-dompet pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan untuk paparan tuntutan eBeliaRahmah dan tekan ‘Hantar’
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
Nota: Penerima layak menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 aplikasi sahaja. Sila rujuk pada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut penebusan kredit eBeliaRahmah
Soalan Lazim
Aplikasi eBeliaRahmah
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet (e-wallet) di bawah eBeliaRahmah:
1. Boost
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.myboost.com.my/
2. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.tngdigital.com.my/
3. Setel
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.setel.com/
ePemula 2022
Kerajaan dalam Pembentangan Bajet 2022 telah mengumumkan bahawa bagi tahun 2022, program e-Start akan diperkenalkan iaitu pemberian kredit e-dompet. Perincian lanjut seperti berikut:
- Jumlah : RM150 secara one-off (rm150 epemula credit)
- Penerima :
i. Para Belia berumur 18 hingga 20 tahun dan;
ii. Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi - 2 juta belia bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan 300 juta ringgit
- Boleh digunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran
- Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Program e-Pemula
Program rangsangan digital insentif ePemula akan memberi manfaat sekitar dua (2) juta warga Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Ianya bertujuan untuk meringankan beban kewangan belia, menggalakan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta menggalakakan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
Berikut dikongsikan bagaiman cara untuk menebus kredit eWallet RM150 beserta syarat kelayakan dan maklumat lain yang berkaitan
Tarikh Program ePemula
- Dimula: 11 April 2022
- Ditutup: 1 Jun 2022
Pengguna boleh menebus kredit e-dompet sebanyak bermula tarikh di atas. Kredit tersebut pula boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022
Pengguna perlu membeli barangan/perkhidmatan yang tersedia melalui e-dompet pilihan sepanjang tempoh dua bulan tersebut sahaja
Syarat Kelayakan
Penerima mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut:
- Telah mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (iaitu lahir pada tahun 2002 sehingga 2004) ATAU
- Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 (full time students enrolled diploma or skm4) dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
Nota: Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pengkalan data Kerajaan yang berkenaan
Cara Menebus Kredit
- Muat turun salah satu aplikasi e-dompet ke telefon bimbit seperti dikongsikan di bawah
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, sila ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan untuk paparan tuntutan ePemula dan tekan ‘Hantar’
- Pemohon akan dimaklumkan jika tuntutan berjaya
Nota: Penerima layak menuntut kredit ePemula daripada 1 aplikasi sahaja. Sila rujuk pada aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut penebusan kredit ePemula
Soalan Lazim
Aplikasi e-Pemula
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet (e-wallet) di bawah e-Pemula:
1. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.tngdigital.com.my/
2. BigPay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.bigpayme.com/epemula
3. ShopeePay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut :https://shopee.com.my/m/epemula
4. Grabpay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.grab.com/my/campaign/epemula/
e-Belia 2021
Kemaskini : Inisiatif e-Belia di bawah Program PEMERKASA akan memberikan golongan belia khususnya berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT sepenuh masa (peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas serta IPTA yang berdaftar) kredit dalam bentuk e-wallet. Jumlah kredit yang akan diberikan adalah sebanyak RM150 bermula bulan 1 Jun 2021.
eBelia akan ditawarkan di empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n GO eWallet. Setiap pemohon hanya layak menuntut kredit daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.
Tempoh tuntutan kredit adalah daripada 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.
Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Aplikasi e-Belia
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet (e-wallet)
1. Boost
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.myboost.com.my/
2. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.tngdigital.com.my/
3. BigPay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.bigpayme.com/ebelia
4. ShopeePay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://shopee.com.my/m/ebelia-claim
e-Penjana 2020
Pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mulai esok, 31 Julai 2020. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet
Untuk memohon kredit, setiap pemohon mestilah memuat turun salah satu dari tiga e-dompet serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera
Inisiatif ini terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020
Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk baucar, rebat tunai dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen
Kemaskini: Berdasarkan Perutusan Perdana Menteri pada 5 Jun 2020, Kerajaan akan memberikan ePENJANA iaitu kredit wang dalam bentuk e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50
Ia juga dipandankan sama dengan baucar diskaun dan cashback dengan nilai RM50 bagi pembelian fizikal untuk:
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan kurang RM100 ribu setahun
Menerusi Sidang Media MKN pada 8 Jun 2020, kredit RM50 ePENJANA akan dikreditkan sekiranya pengguna telah memuat turun aplikasi MySejahtera. Rujuk pautan di bawah untuk panduan muat turun MySejahtera
Menurut kenyataan Menteri Kewangan pada 16 Julai 2020, kredit RM50 ePENJANA akan dikreditkan pada hujung bulan Julai. Kaedah pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan kelak.
Berikut adalah cara untuk mendaftar e-wallet atau e-dompet bagi menebus RM50 kredit daripada kerajaan yang dikenali sebagai ePenjana tertakluk kepada terma dan syarat (terms and conditions):
Aplikasi e-Penjana
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet atau e-wallet (participating e wallet):
1. Boost
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.myboost.com.my/
2. Grabpay
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.grab.com/my/pay/
3. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store : iOS
- Info Lanjut : https://www.tngdigital.com.my/
Cara Daftar Aplikasi e-Dompet
Berikut adalah cara untuk mendaftar beberapa aplikasi e-dompet (e-wallet)
Touch ‘N Go eWallet
- Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
- Buka aplikasi, dan pilih dan klik “Create Account” untuk membuat pendaftaran baru di akaun ewallet TnG
- Isi nombor telefon pintar anda dan tekan butang “Next”
- Masukkan 6 nombor pin sebagai nombor keselamatan anda (mesti ingat, sila tulis). Dan tekan butang “Next”
- Masukkan Soalan Keselamatan anda dan ingat. Seterusnya klik butang “Next”
- Isikan maklumat di atas dan “Next”
- Akhir sekali tandakan tick pada butang I agree… Dan tekan butang “Submit”
- Selesai dan boleh tunggu sehingga kerajaan mengumumkan mengenai maklumat terkini ePENJANA untuk tebus RM50 kredit percuma.
Boost
- Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
- Buka aplikasi dan Klik pada “Register”
- Masukkan nombor telefon dan Boost akan menghantar SMS dengan kod pengesahan 6 digit.
- Jika anda tidak menerima SMS tersebut, sila klik pada “Did not receive SMS” dan sistem akan menghantar SMS tersebut sekali lagi.
- Masukkan nama penuh dan alamat e-mel
- Masukkan kata laluan supaya hanya anda yang boleh log masuk ke akaun Boost anda
- Masukkan kod PIN transaksi 6 digit supaya hanya anda yang boleh membenarkan semua transaksi dilakukan dalam aplikasi Boost. Pastikan anda tidak terlupa kod PIN nanti.
- Pilih penyedia rangkaian anda (telco)
- Pilih jenis “wallet” yang anda ingin gunakan: Basic Wallet (had RM200) atau Premium Wallet (had RM1,500) penggunaan sebulan
- Selesai, dan tunggu sehingga pengumuman lanjut kerajaan bagi kredit RM50 ePenjana
Grab
- Muat turun aplikasi di Google Playstore / Appstore (seperti di atas)
- Pilih salah satu cara untuk mendaftar akaun (Google, Facebook atau Nombor Telefon)
- Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan dengan alamat email dan nombor telefon yang aktif
- Anda akan menerima SMS OTP yang mengandungi kod 4 digit
- Tahniah anda telah berjaya mendaftar di aplikasi Grab dan tunggu sehingga pengumuman lanjut kerajaan bagi kredit RM50 ePenjana
Tahniah anda telah berjaya mendaftar di aplikasi Grab dan tunggu sehingga pengumuman lanjut kerajaan bagi kredit RM50 ePenjana
Related : please refer, enrolled in courses equivalent, students enrolled in courses, duitnow qr,