Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1446 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 7 Julai 2024 Masihi yang juga merupakan salah satu hari kebesaran Islam
Awal Muharram juga menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia
Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya
Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun 1445-1446 Hijrah Dan Amalan Sunat
Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang. Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.
Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan
Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik
Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah berserta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut
Doa Akhir Tahun 1445H
Doa akhir tahun (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 6 Julai 2024 Masihi (Sabtu)
Doa Awal Tahun 1446H
Doa awal tahun (1446H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1445 bersamaan 6 Julai 2024 (malam 1 Muharram 1445H)
*Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib
Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah
Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang
Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut
Bagi menjelaskan, MYsumber sertakan beberapa video ceramah agama yang boleh menjawab atau jawapan kepada persoalan berhubung dengan perkara ini
Video Penerangan Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah
Amalan Sunat Di Bulan Muharram
Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura)
Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT
Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1446H Di Malaysia
- Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1446H/2024M bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
- Sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Julai 2024 jam 9.30 pagi
- Siaran langsung akan bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM
Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1445H Di Malaysia
- Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1445H/2023M adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
- Sambutan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 Julai 2023 jam 7.00 pagi
- Siaran langsung akan bermula jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM
Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1444H Di Malaysia
- Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1444H/2022M adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
- Maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1443H Di Malaysia
- Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Tahun lepas adalah :Ummah Rabbani Negara Harmoni”
- Pemilihan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” adalah bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW
- Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam
- Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan
- Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan
Related : bacaan doa akhir tahun, 1 muharam, tahun baharu, tahun baru islam, Ya Allah,