Dividen ASB 2023 ASN jumlah kadar pendapatan dividen dan bonus

Pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB 2023) serta pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) kepada pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 akan diumumkan secara rasmi pada hujung bulan Disember 2023.

Urus niaga pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini menjadi lebih mudah berikutan proses penambahbaikan sistem operasi yang telah dilaksanakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bermula 28 Jun 2017

Antaranya adalah urus niaga tanpa buku pelaburan bagi semua Unit Amanah ASNB. Oleh itu pemegang unit hanya perlu membawa Mykad untuk semua jenis urus niaga termasuk pelaburan tambahan dan jualan balik di semua cawangan ASNB dan ejen

Baca Juga: Semakan ASB online baki dan penyata melalui Portal MyASNB

Jumlah Kadar Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2023

Berikut MYsumber sertakan carta pengagihan Dividen (+) Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 2023 hingga 1990 dan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN).

Pengumuman Rasmi  Pengagihan Pendapatan ASB 2023

Dividen_ASB-2023

Dividen_ASB-2023-1

Baca Juga: Cara Semak Baki, Tambah Duit ASB Online di Aplikasi MyASNB

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan dividen dan bonus ASB. Bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

Info Dividen ASB 2023

Pada hari Khamis, 21 Disember 2023, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit bagi dana utama merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit

Infografik dan cara kira bagi tahun 2023 adalah seperti berikut :

Dividen Dan Bonus ASB Tahun 2022 – 1990

Tahun 2023

  • Pengagihan Pendapatan (Dividen) : 4.25 sen seunit
  • Bonus : 1.00 sen seunit
  • Pulangan efektif : 5.25 sen seunit
TahunDividenBonus
20223.351.25 + 0.50 (untuk 30,000 unit pertama) sen seunit
20214.250.75
20203.500.75 + 0.75 (untuk 30,000 unit pertama) sen seunit
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.25 + 1.00 (Bonus Khas Ulang Tahun)
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50 + 2.0 (2 sen bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00 + 2.0 (2 sen bonus istimewa)
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00

Contoh Cara Kiraan Dividen ASB 2023

Berikut dikongsikan contoh cara kiraan ASB bagi tahun 2023.

ASNB juga menyediakan simulasi pengiraan pengagihan pendapatan berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Simulasi tersebut dibahagikan kepada empat senario seperti berikut:

Senario 1 : Pelaburan melalui Auto Labur

Contohnya pelabur membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100 serta tidak membuat sebarang pengeluaran unit sepanjang tahun 2023. Jumlah baki minimum bulanan pula 606,600.00 unit

  • Pengagihan pendapatan : 606,600 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM2,148.38
  • Bonus : 606,600 unit/ 12 bulan x 1.00 sen per unit = RM505.50
  • Jumlah keseluruhan agihan senario ini adalah : RM2,653.88

Senario 2 : Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB

Contohnya pelabur mempunyai pembiayaan ASB sebanyak 30,000 unit serta tidak membuat sebarang penambahan unit sepanjang tahun 2023. Jumlah baki minimum bulanan pula 360,000.00 unit

  • Pengagihan pendapatan : 360,000 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM1,275.00
  • Bonus : 360,000 unit/ 12 bulan x 1.00 sen per unit = RM300.00
  • Jumlah keseluruhan agihan senario ini adalah : RM1,575.00

Senario 3 : Pelaburan dengan pengeluaran setiap bulan

Contohnya pelabur membuat jualan balik secara dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan serta tidak membuat sebarang penambahan unit sepanjang tahun 2023. Jumlah baki minimum bulanan pula 244,200.00 unit

  • Pengagihan pendapatan : 244,200 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM864.88
  • Bonus : 244,200 unit/ 12 bulan x 1.00 sen per unit = RM203.50
  • Jumlah keseluruhan agihan senario ini adalah : RM1,068.38

Senario 4 : Tiada baki dalam akaun ASB

Contohnya pelabur telah mengosongkan akaun ASB dengan menjual semua unit pada bulan Mei serta baki pelaburan ASB ialah 0 pada akhir tahun kewangan. Jumlah baki minimum bulanan pula 50,000.00 unit

  • Pengagihan pendapatan : 50,000 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM177.09
  • Bonus : Bonus hanya untuk akaun ASB yang berbaki minum 1 unit sebelum tarikh pengumuman kadar
  • Jumlah keseluruhan agihan senario ini adalah : RM177.09

Contoh Cara Kiraan Dividen ASB 2022

Berikut dikongsikan contoh cara kiraan ASB bagi tahun 2022.

Amanah Saham Nasional (ASN)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendapatan ASN bagi tahun 2021:

Info ASN 2021

Bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) sebanyak 2.74 sen seunit kepada 44,752 pemegang unit.

ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92% mengatasi penanda arasnya sebanyak 7.13%. Dana tersebut membayar pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Pendapatan ASN Tahun 2021 – 2017

Tahun 2021

  • Pendapatan : 2.74 sen seunit

Tahun sebelum ini:

  • 2020 : 2.02
  • 2019 : 2.75
  • 2018 : 3.25
  • 2017 : 3.65

Tempoh Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2023

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023

Tempoh penangguhan Urus Niaga tersebut bermula dari tarikh 21 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023

Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB ASN

Pembayaran pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit serta pemegang unit juga boleh mendapatkan butiran terperinci pelaburan dengan memohon Pe­nyata Pegangan Pelaburan Unit Amanah di cawangan atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai tarikh (akan dikemaskini)

Bagi mengelak kesesakan beratur di kaunter untuk menyemak agihan pendapatan ASB, anda mempunyai pilihan untuk menyemaknya di portal myASNB  di pautan url www.myasnb.com.my

Baca juga : Cara Pengiraan Dividen Dan Bonus ASB

Related : pelaburan asb, rendah dalam sejarah, pnb tan sri dr zeti, permodalan nasional berhad pnb, prestasi asb kekal kompetitif, berbanding instrumen pelaburan berisiko, agihan dividen, instrumen pelaburan berisiko rendah, pengagihan pendapatan dan bonus, asb terus, 30 tahun, sen seunit, untuk dana, 10.4 juta pemegang unit, kuala lumpur, permodalan nasional bhd pnb, saham nasional bhd asnb, 5.00 sen seunit untuk, 22 disember 2021, deposit tetap 12 bulan, akaun asb bermula, amanah saham bumiputera asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2022, pengumuman dividen asb, 3 januari 2023, 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama, berakhir 31 disember 2021, secara online, awal tahun, kadar dividen, tabung unit amanah asnb, juta pemegang unit asb, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak rm8.9 bilion,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.