Individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) akibat kecuaian sendiri dinasihatkan serta diingatkan jangan sesekali bertindak membuat laporan polis yang palsu semata-mata mahu mengelakkan daripada dikenakan denda mykad hilang oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila membuat permohonan gantian hilang Mykad.
Antara laporan polis palsu yang sering dibuat oleh mereka kehilangan Mykad (kad pengenalan) akibat kecuaian sendiri adalah dengan mendakwa menjadi mangsa dalam kejadian kes jenayah yang sama seperti diragut, disamun, dirompak dan kecurian. Perkara sebegini haruslah dielakkan kerana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman.
Kehilangan MyKad atau IC (identification card) ini kadangkala sering berlaku atas pelbagai faktor seperti keciciran atau hilang tanpa sengaja seperti tertinggal di mana-mana ataupun lupa meletakkannya di mana. Hal sebegini dianggap berlaku akibat kecuaian sendiri dan bukanlah disebabkan ada unsur jenayah dan sebagainya.
Oleh sebab itu adalah amat penting untuk seseorang menjaga kad pengenalan dengan baik dan pastikan tidak hilang dengan sengaja atau tanpa sengaja. Ini kerana jika MyKad tersebut hilang, bayaran denda atau fi akan dikenakan bagi pemilik. Kehilangan kali pertama, kali kedua dan kali ketiga serta seterusnya adalah berbeza iaitu lebih mahal jika lebih tiga kali hilang.
Denda Mykad / IC hilang
JANGAN BUAT LAPORAN POLIS PALSU JIKA MYKAD (IC) HILANG AKIBAT KECUAIAN SENDIRI
- Sekiranya anda di dapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan
- Anda jangan anggap pihak polis tidak akan membuat siasatan lanjut ke atas laporan tersebut, PDRM memandang serius setiap laporan polis yang di buat oleh orang awam lebih-lebih lagi jika melibatkan kes jenayah yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa
- Setiap keterangan anda akan diteliti dengan terperinci bersama siasatan serta butiran-butiran fakta yang diberikan sehingga pihak polis berjaya mengesan keraguan mahupun kecurigaan terhadap kes yang dilaporkan. Apatah lagi kalau kejadian itu hanya rekaan semata-mata, lagi mudah ia di kesan sebagai laporan palsu
Sebagai kesimpulannya, kalau anda hilang IC atau Mykad akibat kecuaian sendiri janganlah sesekali membuat laporan polis palsu kerana ia akan memakan diri sendiri dan anda tidak akan terlepas dari kesalahan tersebut
Bayaran Harga Permohonan Gantian MyKad Hilang
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri.
Bayaran bagi kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000. Denda itu tidak termasuk dengan bayaran permohonan
Bagaimanapun, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun
Harga Jumlah Bayaran Denda Kehilangan Mykad Akibat Kecuaian Sendiri
Kehilangan | Bayaran Denda | Jumlah + Caj |
1. Kali Pertama | RM100 | RM110 |
2. Kali Kedua | RM300 | RM310 |
3. Kali Ketiga, Seterusnya | RM1,000 | RM1,010 |
* Setiap kehilangan turut akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10
Maklumat rasmi dan keterangan lanjut, sila klik pada judul pautan di bawah
Ringkasan Garis Panduan
- Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum memohon di kaunter JPN
- Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan
- Semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan
Video Penjelasan
Baca Juga : Cara Mohon Gantian Mykad Online