Semakan MYTV online dan SMS nama penerima Dekoder percuma

MyFreeView TV adalah jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan tayangan dari pelbagai saluran TV dan radio yang popular. Pengguna dapat menikmati tontonan tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan. Ia merupakan salah satu projek nasional yang berhasrat untuk menyediakan liputan siaran TV yang lebih jelas secara percuma

Untuk menikmati saluran myFreeview, pengguna boleh menggunakan TV baru ataupun lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk mengetahui sekiranya sesebuah TV itu tersedia digital, spesifikasi model TV berkenaan dapat dirujuk pada manual pengguna atau laman web jenama TV itu sendiri

Walau bagaimanapun, dekoder MYTV yang menyediakan saluran myFreeview tersebut hanya dberikan secara percuma kepada dua juta penerima terbawah dalam senarai Bantusan Sara Hidup – BSH. Kepada yang berkelayakan, boleh membuat Semakan MYTV Online Dan SMS Nama Penerima Dekoder Percuma untuk mengetahui status penerimaan masing-masing

Buat nama yang tidak disenaraikan sebagai penerima dekoder percuma boleh membeli Dekoder DVB-T2 di kedai-kedai elektrik terpilih di serata negara dan juga boleh dibeli di lawan web Pensonic. Buat masa ini terdapat 16 buah saluran televisyen serta empat siaran radio yang boleh dinikmati dengan MYTV. Sekurang-kurangnya 30 siaran disasarkan untuk ditambah kepada perkhidmatan ini

Semak Kelayakan Dekoder Percuma MYTV Secara Online Dan SMS Untuk Penerima BSH 

TERKINI: Kerajaan akan menambah lagi 1 juta dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview selepas mendapat permintaan tinggi penduduk terutama di kawasan luar bandar kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 12 Ogos 2020

Sebelum ini, isi rumah B40 dan OKU diminta mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 bagi mendapatkan dekoder percuma myfreeview MYTV. Terdapat tambahan 300,000 unit dekoder kepada isi rumah B40 dan OKU seluruh negara berbanding 2 juta unit dekoder percuma dalam peruntukan sebelum ini.

 

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan MYTV, semakan kelayakan iaitu semakan nama penerima dekoder MYTV percuma secara online dan SMS:

Cara Semak Kelayakan MyTV Online

Untuk membuat semakan MYTV secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

A. Secara Online

1. Layari Laman Web MyTV :

2. Klik Semakan Set Dekoder Percuma BSH

3) Untuk membuat semakan menerima set dekoder myfreeview, isikan nombor kad pengenalan. Klik Semak

B. Secara SMS

Cara membuat semakan MyTV Secara SMS:

  • Taip : MYTV<jarak>Dekoder<jarak>No Kad Pengenalan
  • Hantar SMS ke : 15888

Saluran TV Digital Yang Ditawarkan MyTV

Berikut adalah senarai siaran yang boleh ditonton di MYTV. Sebarang penambahan siaran digital myfreeview akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

TV1TV2
TV3
NTV7
TV9
TV ALHIJRAH
8TVBernama News
TVi
TV Okey
RTM HD
TV3 HD
Drama Sangat
CJ Wow Shop
Bernama News Channel (BNC)
TV ALHIJRAH

Saluran Radio Yang Ditawarkan MyTV

Senarai radio MYTV pula adalah seperti berikut. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

Nasional FM
Traxx FM
Minnal FM
Ai FM


Pembelian Dekoder MYTV Atau TV Digital (Bukan Penerima BSH)

Bagi mereka yang tidak layak menerima Dekoder Percuma MYTV kerana tidak tergolong dalam penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), boleh membeli Dekoder MYTV (DVB-T2) dengan harga sekitar RM187 hingga RM200 menerusi pautan di bawah ataupun TV Digital yang telah dilengkapi DTTV (rujuk gambar di bawah)

Cara Pasang Dekoder MYTV Dan Dapatkan Siaran

Sekiranya pengguna telah mempunyai televisyen atau TV biasa, hanya perlu menggunakan Dekoder MYTV bagi mendapatkan siaran MYTV broadcasting. Rujuk video panduan di bawah untuk melihat cara pasang dekoder MYTV serta cara mendapatkan siaran:

Video Lengkap Panduan Pemasangan Dekoder MyTV Dan Cara Dapatkan Siaran

Nota: Dekoder MYTV hendaklah digunakan bersama Aeriel UHF bagi mendapatkan siaran. Antena aeriel yang diletakkan di luar akan mendapat siaran yang lebih jelas berbanding antena di dalam (indoor) untuk menerima siaran tv digital.
Maklumat Lanjut
 
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan MYTV Online Dan SMS Nama Penerima Dekoder Percuma ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi MYTV seperti berikut:

Related : liputan siaran myfreeview, golongan orang kurang upaya untuk makluman untuk menerima orang kurang upaya oku mytv broadcasting siaran digital myfreeview permohonan mytv set dekoder mytv menerima set dekoder myfreeview b40 dan golongan orang, secara berperingkat, berbeza dan golongan orang kurang upaya oku yang belum menerima set dekoder myfreeview percuma sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat lewatnya 31 mei 2020, 80 6988 atau 1800 18 1088, penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder, masukkan no kad pengenalan dan tekan butang semak,

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi