Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS

Individu yang gagal membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan alasan nama direkodkan sebagai seorang peminjam / penjamin yang tidak bagus dalam membuat pembayaran balik pinjaman dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status bagi mengetahui sama ada benar-benar terlibat dengan masalah berkenaan

Apa yang MYsumber lihat di internet ramai individu menggunakan ruangan komen di blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS dengan mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti no kad pengenalan untuk mendapatkan maklumat

Sebagai peringatan, tindakan itu adalah kurang bijak kerana pihak atau admin blog itu tidak dapat membantu anda bagi membuat semakan laporan kredit sama ada nama anda sebagai peminjam atau penjamin di senaraihitamkan melainkan anda sendiri yang berusaha untuk berhubung dengan pihak atau agensi-agensi pelaporan kredit terlibat melalui saluran yang betul

Cara Semakan Nama Peminjam Dan Penjamin Blacklist CTOS CCRIS

Sekiranya anda memberikan butiran penting identiti, contohnya seperti nama penuh, alamat, no telefon, atau no kad pengenalan di ruang komen tersebut, secara tidak langsung ia terdedah kepada umum dan akan membuka peluang pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi dengan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda

Terdapat beberapa kes, dimana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya bagi menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu

Dari mana mereka mendapat butiran maklumat untuk menghubungi anda?, salah satunya adalah daripada sikap ambil mudah anda dengan mendedahkan maklumat tersebut seperti yang MYsumber nyatakan sebelum ini

Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan berhati-hati membuat keputusan dan menggunakan saluran yang betul untuk tujuan tersebut

Senarai Hitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS

Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan

Sebenarnya CTOS dan CCRIS (central credit reference information system) bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak, cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk memeriksa sejarah kredit peminjam, menilai risiko sebelum meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan

Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu

Semakan (Check) Laporan Kredit CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam

Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS

CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon

Jika ingin membuat semakan laporan myCTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi maklumat yang boleh didapati menerusi (klik) judul pautan di bawah

Ataupun mendapatkan maklumat menerusi (Klik) judul pautan di bawah

Jenis Laporan CTOS

Memandangkan CTOS adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit, mereka menyediakan laporan kredit setiap individu di Malaysia. Berdasarkan laman web rasmi CTOS, terdapat beberapa jenis laporan kredit yang disediakan bagi pelanggan. Antaranya adalah:

  1. Laporan MyCTOS Basic
    • Harga : Percuma
    • Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS & Skor)
    • Maklumat Peribadi (JPN)
    • Maklumat Pengarah & Perdagangan (SSM)
    • Litigasi & Kebankrapan
    • Rujukan Perdagangan (eTR)
    • 2 Laporan MyCTOS Basic Percuma setiap tahun
  2. Laporan MyCTOS Score
    • Harga : RM24.85* / laporan
    • Semua maklumat di dalam laporan MyCTOS Basic
    • CROS Score
    • Rekod CCRIS (BNM)
    • Cek Tak Laku (BNM)
    • Akses Kepada Ganjaran
  3. CTOS SecureID
    • Harga : RM8.90*/Bulanan atau RM86.90/Tahunan
    • Perlindungan Penipuan & Notifikasi
      – Kebocoran maklumat peribadi & kebocoran data di jaringan gelap
      – Permohonan kredit baru & penutupan akaun
      – Penukaran alamat & maklumat perhubungan
    • Pemantauan Kredit & Laporan
      – 4 Laporan MyCTOS Score
      – Notifikasi bayaran tertunggak
    • Perlindungan Penipuan & Takaful

Semakan (Check) Laporan Kredit CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan. Sistem ini hanya menyimpan rekod anda selama 12 bulan.

Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh “bayaran cantik”, laporan yang direkodkan dalam data itu akan menunjukan dia “seorang pembayar hutang yang bagus”, maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada rekod, syarat dan kelulusan lain

Jika sebaliknya (rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus) peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) dikemaskini dalam data

Rekod laporan CCRIS tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia BNM

Sehubungan dengan itu, adalah lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK yang berdekatan untuk membuat semakan

Di Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS, malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci setelaj log masuk sistem eCCRIS

Untuk maklumat cara permohonan semakan ia boleh didapati secara online (eCCRIS) sila layari judul pautan berikut:

Cara Permohonan CCRIS

Permohonan bagi mendapatkan laporan kredit CCRIS hanya boleh dilakukan oleh individu. Bagi entiti perniagaan ataupun orang yang telah meninggal dunia, permintaan tersebut boleh dibuat oleh orang yang diberi kuasa oleh entiti (untuk perniagaan) atau oleh mahkamah (si mati). Antara saluran yang boleh digunakan untuk memohon adalah:

  1. Platform dalam Talian eCCRIS
    • Lakukan pendaftaran dahulu dengan menghadiri cawangan Bank Negara Malaysia (BNM)
    • Semasa pendaftaran, nombor PIN enam digit akan diberikan
    • Buka laman sesawang : https://eccris.bnm.gov.my/
    • Klik ‘First Time Login’ dan masukkan maklumat yang diperlukan serta nombor PIN
    • Klik ‘Submit’ dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran
    • Setelah selesai pendaftaran, login semula ke sistem eCCRIS dan pilih ‘Enquiry’ untuk mendapatkan laporan CCRIS online daripada eCCRIS Bank Negara
  2. Kaunter Bank Negara Malaysia
    • Pergi ke mana-mana kaunter Bank Negara Malaysia dengan membawa kad pengenalan, dan beberapa dokumen lain yang dapat mengesahkan identiti pemohon seperti lesen memandu atau pasport.
    • Maklumkan kepada pegawai di kaunter tujuan untuk mendapatkan laporan CCRIS
    • Ikuti prosedur yang diarahkan oleh pegawai sehingga menerima laporan CCRIS
  3. Kiosk Bank Negara Malaysia
    • Pergi ke mesin kiosk Bank Negara Malaysia, pilih bahasa Malaysia atau English
    • Pilih paparan butang ‘Cetak laporan’ dan ikut prosedur seterusnya
    • Masukkan kad pengenalan pada mesin (slot yang disediakan)
    • Seterusnya, pada bawah slot tersebut lampu bagi cap ibu jari akan menyala dan letakkan ibu jari untuk pengimbasan.

Semakan (Check) Laporan Kredit CCRIS Online

Berdasarkan Facebook Rasmi Bank Negara Malaysia, Laporan CCRIS kini boleh didapatkan tanpa hadir ke Bank Negara Malaysia. Rujuk Infografik di bawah untuk panduan lanjut mengenai kredit peminjam

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.