Apa Itu ChatGPT Dan Cara Penggunaannya

Baru-baru ini satu dunia digemparkan dengan kemunculan salah satu perkara baru dalam dunia teknologi terkini yang digelar ChatGPT. Apa yang menarik mengenai Chat GPT ini sehingga sibuk diperkatakan oleh setiap orang? Ianya dikatakan bakal merubah kehidupan kita semua selepas ini namun adakah ini benar atau hanya sekadar khabar angin yang digembar gemburkan sahaja. Justeru berikut akan dijelaskan lebih lanjut mengenai Apa itu ChatGPT?

ChatGPT adalah merupakan salah satu jenis kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagi Artificilal Intelligence (Ai). Ianya telah dibangunkan oleh sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan, Open AI. Pada 30 November 2022 secara rasminya syarikat tersebut telah melancarkan kepada orang ramai Chat Generative Pre-Trained Transformer atau singkatannya ChatGPT yang merupakan sebuah bot sembang

Sebenarnya sistem bot sembang ini tidaklah merupakan sesuatu yang baharu kerana telah banyak aplikasi ketika ini yang telah menggunakan bot sembang khususnya yang melibatkan pengurusan pelanggan atau customer service. Walau bagaimanapun, sistem bot sembang ChatGPT ini adalah berbeza kerana ianya mampu memproses sejumlah besar teks dan belajar untuk melaksanakan tugas pemprosesan bahasa semula jadi dengan sangat berkesan

Kesemuanya ini bermula dengan wujudnya kecerdasan buatan atau Ai yang merupakan salah satu kemajuan teknologi yang telah dicipta sehingga mampu melakukan tugasan mahupun berfungsi seakan atau menyerupai pemikiran manusia. Kebolehan ini didapati dapat membantu memudahkan urusan manusia pada masa akan datang. Namun ada juga yang khuatir ianya akan memberi kesan buruk kepada manusia seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Apa Itu ChatGPT Dan Cara Penggunaannya

Berikut akan diperjelaskan lebih lanjut mengenai ChatGPT serta cara penggunaannya dan maklumat lain yang berkaitan

Definisi ChatGPT

Secara istilahnya, Chat bermaksud perbualan atau sembang manakala GPT adalah akronim untuk (Generative Pre-Training Transformer) iaitu model pembelajaran mesin atau sistem yang menggunakan kaedah pembelajaran mendalam bagi menjana teks di alam maya (online) sama seperti pemikiran manusia dalam masa nyata.

Takrifan umum ChatGPT adalah sebuah model bahasa generatif. Secara lebih mudah faham, ianya adalah sembang kecerdasan buatan yang telah dibangunkan dan dilatih untuk mengadakan perbualan semula jadi.

ChatGPT boleh diakses menerusi laman web oleh semua orang secara percuma di internet. Kini ianya adalah varian model bahasa GPT-3.5 (Generative Pre-Training Transformer 3.5) yang diciptakan oleh OpenAI.

Cara Guna ChatGPT

Cara menggunakan ChatGPT adalah amat mudah dengan ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang ChatGPT di pautan berikut: https://chat.openai.com/
  2. Sekiranya pertama kali, daftar akaun dahulu dan log masuk.
  3. Klik ChatGPT pada bahagian bawah sebelah kiri
  4. Klik pilihan ‘Try it now’
  5. Isikan soalan yang ingin ditanyakan dan klik butang > untuk mendapatkan jawapan
  6. Jawapan akan dijanakan dan dipaparkan di bahagian bawah
  7. Untuk mendapatkan jawapan yang berbeza, klik butang ‘Regenarate response’

Kegunaan Dan Kelebihan

Seperti yang diketahui, ciri utama ChatGPT adalah memberikan respon atau jawapan kepada setiap soalan pertanyaan yang dikemukakan. Antara kegunaan dan kelebihannya adalah:

  • Penjanaan Teks
    Dapat digunakan bagi menjana teks (respon) sama seperti manusia. Ini sekaligus menjadikannya chatbox yang berguna untuk mencipta bot sembang bagi tujuan seperti customer service, menjawab persoalan di dalam forum atas talian mahupun mencipta konten atau kandungan sosial bagi hantaran media sosial.
  • Terjemahan Bahasa
    Dapat membantu menterjemah teks daripada bahasa lain kepada bahasa yang lain dengan betul dan lebih berkesan bagi memudahkan orang ramai
  • Ringkasan Teks
    ChatGPT mampu untuk meringkaskan dokumen mahupun artikel yang banyak dan panjang lkepada sebuah ringkasan yang komprehensif sekaligu memudahkan pembacaan dan pemahaman orang ramai
  • Analisis Nada Teks
    Ianya boleh digunakan bagi menganalisis sesebuah teks secara keseluruhan bagi memahami nada serta emosi yang disampaikan dalam sesebuah penulisan sekaligus dapat mengingkatkan kepuasan respon terhadap pelangaan atau yang bertanya soalan.
  • Mempercepat Proses Pengumpulan Idea
    Seperti diketahui, ChatGPT mampu mengumpulkan banyak teks sekaligus dan memberikan ringkasan. Ini sekaligus mempercepatkan proses pengumpulan idea bagi sesebuah soalan mahupun projek.
  • Membantu Masalah Koding
    Bagi jurutera perisian atau programmer. ChatGPT juga berupaya menyelesaikan masalah-masalah berkenaan koding.
  • Membantu Pembuatan Bot
    Ianya boleh membantu pembuatan chatbox atau bot perbualan bagi membantu memudahkan servis terutamanya dalam perkhidmatan pelanggan

 

Industri Yang Boleh Manfaat Dengan ChatGPT

Antara industri yang boleh mengambil mnanfaat dengan penggunaan ChatGPT termasuklah:

Pemasaran

  • Menghasilkan kandungan atau konten yang berkaitan produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan
  • Membuat kajian pasaran tentang sikap pelanggan
  • Membantu menganalisis maklumat dan trend data pelanggan
  • Membantu memberi jawapan automatik dengan lebih cepat buat pertanyaan pelanggan

Kesihatan

  • Membantu mempercepat proses analisis identifikasi penyakit atau masalah kesihatan
  • Berkemungkinan memudahkan urusan preskripsi ubat dan penyakit bagi masa akan datang.

Pendidikan

  • Boleh membantu kaedah pembelajaran menjadi lebih lancar
  • Menjadikan proses pembelajaran lebih cepat seperti pencarian sumber dan sebagainya

Teknologi

  • Memudahkan tugasan termasuklah proses koding dan juga penulisan teks menjadi lebih cepat dan mudah.

Servis dan Perkhidmatan

  • Membantu memberikan perkhidmatan atau servis kepada pelanggan dengan lebih cepat dan baik dengan penggunaan chatbox atau penjanaan maklumat.

Keburukan ChatGPT

Walaupun sesebuah teknologi itu bagus untuk kemajuan masa akan datang, tak dapat dinafikan ia juga boleh mendatangkan beberapa keburukan termasuklah ChatGPT ini antaranya:

  • Boleh menyebabkan pengurangan tenaga kerja manusia sekaligus meningkatkan kadar pengangguran
  • Memberi risiko kepada penyalahgunaan maklumat bagi sektor-sektor tertentu
  • Membolehkan berlakunya plagiat atau peniruan separuh atau keseluruhan item yang khususnya dikaitkan dalam proses pembelajaran
  • Boleh memberikan cadangan jawapan yang membahayakan buat pembaca yang tidak dapat berfikiran logik lagi seperti kanak-kanak.

Related : berguna untuk tugas, chat generative pre training transformer 3 yang dicipta oleh openai, varian model bahasa gpt-3 generative pre training transformer 3 yang dicipta oleh openai, maklum balas, dilatih menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks, untuk meningkatkan, masuk akal, untuk menjawab soalan, menghasilkan teks, respons yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks,

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Salah Seorang Penulis Di Laman Web Mysumber Dengan Pengalaman Lebih Dari 5 Tahun Dalam Mengarang, Mengemaskini Kandungan Artikel Yang Berguna Untuk Setiap Lapisan Masyarakat. Dengan Latar Belakang Dalam Bidang Ini Dan Pengalaman Kerja Yang Relevan, Saya Mempunyai Pemahaman Mendalam Tentang Cara Menyampaikan Maklumat Dengan Cara Yang Menarik Dan Mudah Difahami.