Cara membuat permohonan rumah kos rendah setiap negeri

Dalam era globalisasi ini kita dapat melihat seluruh dunia mengalami perkembangan pesat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi dan pembangunan. Perkembangan ini juga melibatkan negara kita iaitu Malaysia yang sedang terkejar-kejar ingin mengikuti arus globalisasi dalam keadaan ekonomi negara yang agak membimbangkan. Hasilnya, kos hidup dan keperluan asas rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan rakyat termiskin semakin meningkat dari semasa ke semasa termasuklah harga rumah atau tempat tinggal

Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan, projek perumahan kos rendah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ringkasnya, rumah kos rendah diwujudkan sebagai suatu pilihan lain atau alternatif buat golongan B40 dan golongan rakyat termiskin yang ingin memiliki rumah sendiri dalam keadaan ekonomi masa kini yang menekan. Selain itu, kos rumah mampu milik yang hakikatnya tidak menepati harga yang mampu dibeli oleh pembeli rumah di Malaysia juga menjadi faktor pentingnya rumah kos rendah

Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih dari 700 ribu permohonan untuk memiliki atau menduduki rumah kos rendah di seluruh Malaysia. Dan angka ini hanya bagi tahun 2014 sahaja. Sudah pasti jumlah tersebut akan meningkat setahun demi setahun seiring dengan perkembangan populasi di Malaysia yang sudah mencecah 32.38 juta pada tahun 2018

Rumah-rumah kos rendah boleh didapati di pelbagai lokasi di serata Malaysia. Namun begitu, permintaan ternyata lebih tinggi di kawasan bandar-bandar besar sepeti Selangor dan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan majoriti penduduk Malaysia. Cara membuat permohonan rumah kos rendah setiap negeri dapat dirujuk melalui panduan yang dikongsikan

Cara Membuat Permohonan Rumah Kos Rendah Setiap Negeri Di Malaysia – Pautan Link Borang Online

Langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah kos rendah di setiap negeri adalah berbeza-beza. Para pemohon dinasihatkan agar meneliti maklumat atau arahan yang dinyatakan di dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan agar dapat melengkapkan proses permohonan dengan lancar

Pautan Link Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Setiap Negeri

Permohonan rumah kos rendah bagi setiap negeri adalah berbeza. Bagi permohonan yang perlu dilengkapkan secara online, kami kongsikan pautan dan manual/cara melengkapkan permohonan tersebut. Bagi permohonan yang perlu dihantar menggunakan borang permohonan yang dicetak, kami kongsikan pautan untuk mencetak borang tersebut serta alamat penghantaran borang

Selangor

Bagi negeri Selangor, rumah kos rendah dapat dilakukan melalui Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku. Permohonan perlu dilengkapkan secara online di portal rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)

Portal Rasmi LPSH

Cara-cara membuat permohonan dapat dirujuk menggunakan manual berikut

Kuala Lumpur

Untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hanya permohonan untuk menyewa rumah kos rendah yang disediakan. Borang permohonan untuk menyewa rumah awam DBKL dapat dimuat turun menerusi pautan di bawah

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut

JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN & PEMBANGUNAN KOMUNITI
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 4-9, MENARA DBKL III, BANDAR WAWASAN
JALAN RAJA ABDULLAH, 50300 KUALA LUMPUR
TEL.: 03-2617 6000/2617 6014/2617 6087/6085/6093

Johor

Negeri Johor menyediakan Rumah Mampu Biaya buat golongan berpendapatan rendah. Permohonan dapat dilakukan secara online menerusi Portal Awam Sistem Perumahan Johor

Cara-cara membuat permohonan dapat dirujuk menggunakan manual pengguna berikut

Melaka

Permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Melaka hanya dapat dilakukan menggunakan borang permohonan yang dicetak melalui pautan yang disediakan di bawah

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut

LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh,
Melaka

Perak 

Rumah kos rendah di negeri Perak dapat dipohon menggunakan Borang Permohonan Program Rumah Perakku. Muat turun borang permohonan melalui pautan berikut

Hantarkan borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001

Pahang

Permohonan rumah kos rendah bagi negeri Pahang perlu dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan secara online di pautan berikut. Mulakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan klik Semak 

Langkah-langkah untuk melengkapkan permohonan adalah seperti berikut

  • Panduan Permohonan Rumah Kos Rendah Terengganu : Langkah Memohon 

Pulau Pinang

Permohonan rumah kos rendah bagi Pulau Pinang dapat dilakukan secara online menerusi pautan eRumah Penang di bawah

Kaedah melengkapkan permohonan rumah kos rendah Pulau Pinang adalah seperti berikut

Sarawak

Untuk membuat permohonan rumah kos rendah Sarawak, pemohon perlu hadir ke kaunter pejabat Perbadanan Pembangunan Perumahan/Housing Development Corporation (HDC) untuk mendapatkan borang permohonan dengan bayaran RM1. Langkah permohonan boleh dirujuk menerusi pautan di bawah

  • Permohonan Rumah Kos Rendah Sarawak : Laman Web Rasmi Perbadanan Pembangunan Perumahan

Seteleh melengkapkan borang permohonan, hantarkan ke alamat berikut

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petrajaya, P.O Box 1504,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel : 082-444381
Fax : 082-448133
Email : webmaster@hdc.sarawak.gov.my

Kongsi Artikel

MYredaksi

MYredaksi